Page 15 - tmp
P. 15

SMK Seri Tasik   14
                                                                                          [Mukadimah]

                          14.6  Guru  yang  ditugaskan  menjadi  guru  ganti  diwajibkan  mencatat  di  dalam  buku
                                persediaan mengajar dalam talian perkara berikut :
                                         1.  Mata pelajaran yang diganti
                                         2.  Tingkatan
                                         3.  Masa
                           14.7   Buku  Rekod  Mengajar  adalah  dokumen  yang  membantu  dalam  menyedia  dan
                                 melaksanakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
                           14.8   Jika  seseorang  guru  bercuti,  buku  rekod  mengajar  hendaklah  diserahkan  kepada
                                 penolong kanan, untuk urusan guru pengganti.
                           14.9   Semua guru WAJIB menghantar buku rekod mengajar untuk disemak pada hari Jumaat
                                 kepada pentadbir TANPA GAGAL
                           14.10  Buku Rekod Mengajar akan disimpan pada hari terakhir tahun persekolahan oleh guru
                                 bestari

                       15.  BUKU LATIHAN / NOTA MURID / BUKU KERJA / BUKU REKOD PENILAIAN KOKURIKULUM

                           15.1   Buku-buku  tersebut  hendaklah  sentiasa  disemak  dengan  teliti  dan  dikembalikan
                                 kepada murid
                           15.2   Sila  turunkan  tandatangan  ringkas  dan  tarikh  di  dalam  buku  atau  nota  yang  telah
                                 disemak.
                           15.3   Pentadbir sekolah akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual yang disediakan

                       16.  WAKTU TIDAK MENGAJAR (FREE PERIOD)

                            16.1     Pekeliling  Ikhtisas  bil.  3/  1981  menjelaskan  bahawa waktu  free  adalah  waktu  bekerja.
                                 Oleh  itu,  ia  perlu  digunakan  untuk  membuat  perancangan,  menyemak  kerja  murid,
                                 menyediakan BBM , membuat rujukan di PSS dan menulis persediaan mengajar.
                            16.2    Berbincang  secara  profesional  dengan  rakan  sejawat  mengenai  masalah  murid,  PdPc,
                                 masalah  akademik,    panitia  dan  kokurikulum  atau  pertemuan  khas  dengan  murid
                                 bermasalah.
                            16.3    Menggantikan guru yang tidak hadir
                            16.4    Elakkan budaya kedai kopi dan peka dengan masa  untuk masuk kelas atau relief

                       17.   GURU GANTI ( RELIEF)

                           17.1   Relief adalah tanggunjawab bersama, terimalah dengan rela hati  dan penuhi dengan rasa
                                setiakawan.
                           17.2    GURU MESTI MASUK KELAS  dan adakan aktiviti , bukan hanya mengawal ( rujuk aktiviti
                                pengurusan MMI)
                           17.3  Rekodkan di dalam buku rekod mengajar dalam talian

                       18.  TUGAS MENGAWAS PEPERIKSAAN

                           18.1   Menjadi tanggungjawab semua guru dan tidak boleh menolak
                           18.2   Tidak boleh dikecualikan kecuali sarat mengandung, sakit yang serius atau berkursus
                           18.3   Laksanakan pengawasan dengan penuh etika dan tanggung jawab (dilarang melakukan
                                 aktiviti seperti memeriksa kertas, , membaca akhbar atau berbual)

                       19.  KEGIATAN KOKURIKULUM

                           19.1   Semua guru akan ditugaskan menjadi Guru Penasihat Unit-unit Kokurikulum. Tugas ini
                                 hendaklah dijalankan dengan cekap.
                           19.2   Guru wajib hadir kegiatan kokurikulum mengikut jadual yang disediakan
                           19.3   Guru  hendaklah  memastikan  buku  laporan  aktiviti  kokurikulum  diisi  oleh  murid  dan
                                 mengesahkan laporan tersebut.
                           19.4   Buku  laporan  tersebut  hendaklah  dihantar  kepada  penyelaras  setiap  minggu  untuk
                                 disemak dan dihantar sebulan sekali kepada Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum
                                 untuk disahkan.

                    20.    SURAT/ PEKELILING/BORANG UNTUK TINDAKAN

                          20.1  Bertindak dengan segera apabila diminitkan untuk tindakan
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20