Page 96 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 96
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
K
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya adalah:
I. Membuat senarai pendek cadangan solusi untuk masalah-masalah pdp atas talian yang
dihadapi dan melaksanakannya.
II. Membuat senarai cadangan aplikasi atas talian yang boleh digunakan untuk pdp akan
datang.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:
1 minggu
6. Tindakan Susulan:
Saya akan mengambil tindakan susulan iaitu dengan melaksanakan kedua-dua cadangan dan
idea penyelesaian masalah seperti yang dinyatakan di atas.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan
21 Jun 2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Berdasarkan langkah yang dicadangkan, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka
terhadap Pendidikan Islam seperti solat berjemaah, sirah: Sifat Itqan Nabi dan kefahaman Surah
Al-Asr. Selain itu juga, kemahiran murid membaca jawi juga dapat diteruskan dengan
pelaksanaan aktiviti yang melibatkan murid untuk membaca jawi. Saya sendiri juga mampu
meningkatkan kemahiran pengajaran saya dari segi perancangan dan pelaksanaan hasil
bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing.

