Page 95 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 95

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN



                                                                                                    K
               Bilangan Jurnal              :      6

               Minggu Praktikum             :      6


               Tarikh Peristiwa/Kejadian  :        14  Jun 2021

               Tajuk Jurnal                 :      Masa Lapang Yang Produktif






               1. Isu Yang Difokuskan:


               Sepanjang  tempoh  Perintah  Kawalan  Pergerakan    di  seluruh  negara  ini  berlangsung,  pihak
               pentadbiran sekolah telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan jadual waktu pembelajaran
               secara  atas  talian  mengikut  kesesuaian  dan  kemampuan  para  guru  dan  murid.  Setiap  hari

               ditetapkan dua mata pelajaran sahaja. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam ditetapkan pada
               hari Rabu bagi tahun lima dan Jumaat bagi tahun satu. Pada hari-hari lain merupakan iaitu hari
               yang tidak mempunyai kelas rasmi, hanya dijalankan aktiviti kelas tasmek .







               2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

               Rentetan  kelapangan  masa  ini,  saya  cuba  mencari  satu  aktiviti  yang  dapat  memperkasakan
               proses pengajaran dan pembelajaran saya untuk akan datang. Saya memanfaatkan kelapangan

               masa  ini  dengan  melakukan  post-moterm  terhadap  beberapa  aktiviti  pengajaran  dan
               pembelajaran yang telah saya jalankan khusus di fasa PKP iaitu pdp secara atas talian. Selain

               itu, saya juga mengisi masa senggang ini dengan meneroka beberapa aplikasi atas talian baru
               yang  mampu  membuatkan  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  menjadi  lebih  menarik  dan
               berkesan.




               3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

               Rasa  tanggungjawab  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  harus  melekat  pada  diri

               seorang guru (Maulana, Helms-Lorenz & Grift, 2015). Guru-guru juga mesti pandai memilih media
               pembelajaran yang tepat dan sesesuai dengan mata pelajaran serta mengikut perkembangan

               murid (Rahayu, Syafril, W, & Yuberti, 2017).
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100