Page 176 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 176
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh soalan kajian Kes Penggal 2
AirAsia: Satu Budaya
AirAsia Berhad adalah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Sepanjang pengoperasiannya AirAsia berjaya mendapat anugerah
syarikat tambang rendah terbaik dunia beberapa kali. Menurut sumber AirAsia, pelbagai faktor telah mempengaruhi kejayaannya. Antaranya
ialah pengurusan organisasi yang baik dan kepimpinan yang mantap.
Pada peringkat awal operasinya, semua jabatan termasuk pengiklanan, IT, undang-undang, promosi, sumber manusia, pejabat Tony
Fernandes, timbalannya dan juga pengerusi syarikat beroperasi di tingkat yang sama. Tony Fernandes sama sekali tidak ada bilik, ruang
terbuka, hanya satu meja kecil dengan dekorasi minimum dan koleksi topi di hujung dinding. Jabatan Sumber Manusia juga hanya terdiri
daripada ruang kecil dengan beberapa kerusi. Menurut Tony Fernandes, antara kriteria calon kakitangan yang akan dipilih dalam proses
temuduga adalah, “jika dia melihat pejabat dan cara kami bekerja ini dan berkata “wow”, dan itulah orangnya”. Falsafah AirAsia adalah
menarik yang terbaik, melatih, dan mengekalkan mereka. Bukan sahaja terbaik dari segi kelayakan akademik tetapi sikap yang betul,
keterbukaan kepada idea baru, keupayaan untuk berfikir dengan cara berbeza dan apabila keadaan sukar, mencuba dan terus mencuba.
Ahmad Faizul, kakitangan kelompok kelapan antara yang paling awal menyertai AirAsia, bertugas sebagai pengurus kabin. Dengan
bermula sebagai ahli krew dan kini diiktiraf oleh Tony Fernandes sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan
komunikasinya. Selain itu, ada kakitangan yang bermula sebagai penjaga kaunter bergaji seribu ringgit kini menjadi Kapten pesawat dengan
gaji RM 30,000 sebulan. AirAsia merupakan syarikat satu Malaysia dan juga syarikat bumiputera. Pengurus kanan AirAsia terdiri daripada
ramai bumiputera, tetapi bukan dilantik atas dasar kaum kerana semua kakitangan dinilai melalui merit masing-masing. Pembahagian tugas
bagi pengurusan tertinggi adalah seperti berikut; Kamarudin menjaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar menjaga public relations (PR),
dan Tony Fernandes menjaga operasi dan pemasaran.
Tiada kesatuan sekerja di AirAsia. Hal ini demikian kerana kakitangan tidak mahukannya walaupun banyak pihak luar yang datang
melobi. Kakitangan merasakan bahawa mereka tidak perlu kepada kesatuan sekerja kerana mereka boleh bertemu dengan ketua mereka
pada bila-bila masa sahaja. Sejak tujuh tahun lalu, AirAsia tidak pernah memberhentikan pekerja mereka bahkan kakitangan berpeluang
dinaikkan pangkat dengan mudah jika berkebolehan dalam syarikat. Tiada protokol tertentu diamalkan antara ketua dengan kakitangan
bawahan. Mereka bekerja seperti satu keluarga besar.
Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.agendadaily.com yang dicapai pada 24/6/2012)
Berdasarkan kes di atas:
MUKA SURAT 315

