Page 173 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 173
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Seorang pengurus kilang biskut menghadapi masalah pengeluaran yang semakin berkurangan. Huraikan proses pembuatan keputusan yang
perlu diambil oleh pengurus untuk menyelesaikan masalah berkenaan.[18]
Cadangan Jawapan
Pengurus kilang biskut boleh menggunakan langkah-langkah berikut dalam proses pembuatan keputusan:
1. Mengenalpasti masalah
Langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan ialah seseorang pengurus perlu mengetahui wujudnya masalah dalam
organisasi.
Sebarang keputusan yang dibuat adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang wujud.
Pengurus perlu mengetahui dengan jelas dan khusus masalah yang wujud dari aspek punca dan kesan masalah.
Bagi situasi di atas, masalah utama ialah pengeluaran yang semakin berkurangan.
2. Mengutip data
Sebelum membuat keputusan, seorang pengurus perlu mendapatkan maklumat dan data berkaitandengan masalah yang
dihadapi.
Maklumat dan data boleh diperoleh dari sumber dalam seperti jumlah pekerja dan kemahiran pekerja serta peralatan dalam
organisasi dan sebagainya.
Maklumat dan data lebih banyak diperoleh jika masa yang diberikan untuk mendapat maklumat mencukupi.
Maklumat dan data yang lengkap dan tepat dapat membantu pengurus membuat keputusan yang tepat.
Pengurus perlu mendapatkan maklumat lengkap mengapa berlaku pengurangan pengeluaran biskut di kilangnya.
3. Menganalisis data
Maklumat dan data mentah yang diperoleh mesti di analisis secara sitematik oleh pengurus.
Data boleh dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Pengurus boleh menggunakan kaedah kualitatif iaitu gambarajah tulang ikan untuk menyelesaikan masalah.
Data yang telah dianalisis akan digunakan untuk mencari menjana alternatif.
MUKA SURAT 312

