Page 174 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 174

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                   4.  Menjana alternatif
                          Menjana  alternatif  bermaksud  pengurus  akan  mencari  dan  menyenaraikan  alternatif-alternatif  sebanyak  mungkin  untuk
                           menyelesaikan masalah.
                          Pengurus boleh menggunakan kaedah gambarajah tulang ikan untuk menyelesaikan masalah pengurangan pengeluaran.
                          Pengurus akan mencari punca utama masalah dan punca kecil masalah dengan menggunakan rajah dan data
                          Maklumat dan data yang mencukupi dapat membantu pengurus menjana alternatif yang berkualiti dan berkesan.

                   5.  Menilai alternatif
                          Setelah alternatif telah dijana dan disenaraikan, pengurus akan membuat penilaian ke atas setiap alternatif yang disenaraikan.
                          Pengurus akan mencari kekuatan dan kelemahan bagi setiap alternatif.

                          Pengurus akan membandingkan setiap punca besar dan punca kecil masalah melalui gambarajah tulang ikan.
                          Pengurus akan membuat perbandingan setiap alternatif berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang ada.
                          Pengurus akan menyenaraikan alternatif mengikut keutamaan.

                   6.  Memilih alternatif
                          Memilih alternatif bermaksud langkah yang akan diambil oleh pengurus organisasi untuk menyelesaikan masalah.
                          Pemilihan alternatif terbaik bergantung kepada penilaian yang dibuat ke atas setiap alternatif yang disenaraikan.
                          Pengurus akan memilih salah satu punca utama masalah dan menyelasaikan masalah yang wujud.
                          Alternatif yang dipilih mestilah dapat memberi pulangan paling tinggi kepada organisasi.
                          Alternatif dipilih juga mestilah dapat memastikan matlamat organisasi tercapai.
                          Pengurus mungkin memilih faktor manusia sebagai malasah utama dan kurang kemahiran sebagai punca kecil. Pengurus akan
                           menghantar pekerja untuk latihan kemahiran.








                                                                                                                                           MUKA SURAT 313
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179