Page 86 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 86

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                         2.  Belanjawan / Bajet
                                               Belanjawan atau bajet adalah merujuk kepada rancangan terperinci yang dinyatakan dalam bentuk nilai
                                                kewangan.
                                               Ia merupakan ramalan atau jangkaan hasil, belanja dan perbelanjaan modal.
                                               Belanjawan  terhadap  sumber-sumber  organisasi  adalah  seperti  gaji,  upah,  kos  bahan,  pengangkutan,
                                                overhed dan sebaginya.
                                               Bajet dibentuk mengikut tempoh masa tertentu seperti bualanan dan tahunan.
                                               Bajet terdapat dalam berbagai jenis seperti belanjawan hasil, perbelanjaan,  projek, tunai dan program.

                                            Jenis-jenis belanjawan
                                            1.  Belanjawan tunai
                                                  Merujuk kepada ramalan aliran tunai yang diperlukan oleh syarikat untuk membayar perbelanjaan
                                                    dan yang perlu ada pada syarikat.

                                                  Ia biasanya dibentuk mengikut mingguan, bulanan atau tahunan.
                                                  Belanjawan tunai meramalkan belanjawan dan hasil syarikat.
                                                  Ia menjadi  panduan penting kepada pengurus bagi  menjangkakan jumlah pinjaman  yang syarikat
                                                    perlukan, bayaran hutang, perbelanjaan, dan pelaburan jangka pendek.
                                                  Ia juga dapat memberitahu syariakat berkenaan dengan kedudukan tunai syarikat sama ada lebihan
                                                    atau kurangan.

                                            2.  Belanjawan modal
                                                  Merupakan ramalan berkaitan dengan pelaburan terhadap pembelian aset seperti tanah, bangunan,
                                                    mesin dan peralatan utama syarikat.
                                                  Ia dapat menggambarkan kepada pengurus bahawa syarikat mempunyai tunai yang cukup atau tidak
                                                    untuk membeli aset-aset tertentu.

                                            3.  Belanjawan operasi
                                                  Merujuk kepada ramalan peruntukkan kewangan untuk berbagai perbelanjaan untuk melaksanakan
                                                    sesuatu aktiviti perniagaan dalam jangkamasa tertentu.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 225
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91