Page 81 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 81

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                             Contohnya,  dalam  kes  di  atas  syarikat  ABI  telah  berjaya  menjual  sebanyak  2  juta  produk  seperti  yang
                                             dirancangkan  dalam  setahun.    Walau  bagaimanapun  syarikat  gagal  mencapai  hasil  jualan  seperti  yang
                                             diharapkan iaitu RM 20 juta.  Syarikat hanya mencapai 18 juta kurang RM 2 juta dari matlamat.
                                             Pihak  pengurusan  terpaksa  mencari  sebab  untuk  tindakan  pembetulan.    Perkara  yang  nyata  di  sini
                                             kemungkinan  sebahagian  output  di  jual  denga  harga  kurang  dari  RM  10  seunit.      Kenapa  ini  berlaku?
                                             Kenapa  harga  dikurangkan?    Bagaimana  dengan  kualiti  produk?  Bagaimana  pula  dengan  promosi?
                                             Persaingan? Masa? dan sebagainya.  Pengurus dalam hal ini perlu mencari jawapan dan cuba menyediakan
                                             alternatif penyelesaian masalah untuk operasi tahun depan.

                                         4.   Membuat Langkah Pembetulan
                                             Langkah  yang terakhir  yang perlu dibuat oleh pengurus adalah mengambil tindakan pembetulan dengan
                                             segera kerana pencapaian tidak menyamai standard.
                                             Syarikat ABI gagal mencapai matlamat jualan sebanayk RM 20 juta.  Kekurangan RM 2 juta perlu disiasat
                                             dengan  teliti  untuk  pembetulan.    Kemungkinan  produk  syarikat  kurang  berkualiti  menyebabkan  mereka
                                             terpaksa menurunkan harga seunit output.  Mungkin juga persaingan yang begitu sengit atau promosi yang
                                             dijalankan kurang berkesan.

                                             Selepas tindakan pembetulan maka langkah seterusnya adalah kembali ke langkah pertama dan seterusnya
                                             ia akan berulang-ulang.

             6.6.3 Kaedah kawalan        Kaedah kawalan

                  d)  Membincangkan      1.  Awalan
                     kaedah kawalan         Kawalan awalan dibuat sebelum sesuatu aktiviti pengeluaran dilaksanakan.
                     iaitu awalan,          Ia mungkin melibatkan dasar, prosedur atau peraturan.
                     semasa, dan            Biasanya ia berkaitan dengan input sama  ada dari segi  proses  mendapatkan input atau kualiti input  yang
                     selepas;               dikehendaki.
                                            Contohnya,  pengurus  pembelian  hendaklah  memastikan  bahan  mentah  yang  dibeli  adalah  berkualiti.
                                            Organisasi  mungkin  akan  menggubal  dasar  atau  peraturan  pembelian  agar  ia  menjadi  panduan  kepada
                                            pengurus pembelian.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 220
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86