Page 87 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 87

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                  Perbelanjaan  ini  melibatkan  keperluan  kewangan  bagi  syarikat  membelanjakan  untuk  perjalanan,
                                                    sewaan, bahan mentah, pengiklanan, gaji dan sebagainya.

                                            4.  Belanjawan hasil
                                                  Meramalkan hasil jualan produk yang dijangka akan dijual dalam satu tempoh masa.
                                                  Pengurus dalam hal ini akan menjangkakan kuantiti jualan output dan harga seunit output tersebut.
                                                  Dengan  mendarabkan  bilangan  output  yang  akan  dijual  dengan  harga  jualan  seunit  output  maka
                                                    pengurus dapat menjangkakan hasil jualan.

                                         3.  Carta Gantt
                                                 Carta  Gantt  adalah  merupakan  satu  penjadualan  rancangan  berbentuk  graf  mendatar  menunjukkan
                                                   aktiviti-aktiviti mengikut susunan untuk disiapkan berdasarkan masa yang ditetapkan.
                                                 Carta ini dapat mengesan aktiviti projek dari ia dimulakan hingga projek itu tamat.

                                                 Ia amat sesuai bagi sesuatu projek yang mempunyai aktiviti yang berurutan.  Pengurus juga dapat
                                                   mengesan  aktiviti  yang  menyebabkan  kelewatan  sesuatu  projek  dan  boleh  mengambil  tindakan
                                                   pembetulan dengan segera.  Ia amat berguna untuk kawalan sesuatu projek.

                                                 Carta ini juga dikenali sebagai carta bar yang berbentuk mendatar.
                                                 Carta ini diwakili oleh masa pada paksi x dan aktiviti pada paksi y.
                                                 Untuk membentuk carta ini kita mesti mengetahui aktivi-aktivit pekerjaan yang kita akan lakukan dan
                                                   masa yang diperlukan untk menyiapkan aktiviti-aktiviti tersebut.
                                                 Contoh adalah seperti dalam pembinaan rumah.

                                              Bil     Aktiviti                                                     Tempoh Masa
                                              1       Penyediaan tapak                                             1 ½  bulan

                                              2       Menyediakan kerangka rumah                                   2  ½ bulan
                                              3       Mengikat bata dinding rumah                                  2 bulan

                                              4       Bumbung                                                      1 bulan
                                              5       Kerja-kerja pendawaian letrik dan paip air                   1 bulan

                                                                                                                                           MUKA SURAT 226
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92