Page 83 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 83
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Method [CPM]). Kos berubah (kb) adalah jumlah semua belanja yang berubah mengikut perubahan jumlah pengeluaran
seperti kos bahan mentah dan sebagainya.
Formula untuk mengira titik pulang modal (TPM) adalah:
Kos Tetap .
Harga Seunit – Kos Berubah Seunit
Contoh sebuah syarikat yang mengeluarkan sos. Kos tetap syarikat sebanyak RM 2000.00 Harga sebotol
sos adalah RM 2.00 dan kos berubah sebotol adalah RM 1.00.
Maka titik pulang modal syarikat berkenaan adalah:
Titik pulang modal: 2000 = 2000 botol
2 – 1
Margin keuntungan seunit: RM 2.00 – RM 1.00 = RM 1.00
Analisisnya, syarikat harus mengeluar dan menjual sebanyak 2000 botol sos dan menjualnya dengan
harga RM 2.00 sebotol untuk mendapat pulangan modal. Jika syarikat menjual lebih daripada 2000 botol
sos, barulah syarikat akan mendapat keuntungan. Syarikat akan kerugian jika menjual produk kurang
daripada 2000 botol dalam sesuatu tempoh tertentu.
Contohnya, syarikat akan kerugian RM1000 jika kita menjual hanya 1000 botol sos. Sebaliknya jika
syarikat menjual 6000 botol sos keuntungan sebanyak RM4000 akan didapati.
MUKA SURAT 222

