Page 89 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 89
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
4. Analisis PERT/CPM
Analisis Teknik Menilai dan Menyemak Program atau PERT adalah satu teknik penjadualan projek
yang mengandungi urutan aktiviti-aktiviti yang sebahagiannya berkaitan antara satu dengan lain.
PERT ini biasanya digunakan dalam projek pembinaan, pembangunan produk, perkilangan, dan lain-
lain bidang yang berkaitan.
Seseorang pengurus projek yang menggunakan PERT ini harus hendaklah memikirkan apa yang
harus dilakukan, menentukan peristiwa yang berurutan dan berkaitan, dan menentukan masalah yang
akan wujud.
Cara laluan genting atau CPM adalah merujuk kepada laluan yang terpanjang penggunaan masa
melalui aktiviti dan peristiwa yang berurutan dalam rangkaian PERT.
CPM digunakan dalam industri pembuatan, pembinaan bagi mengetahui masa aktiviti sesuatu projek
dilaksanakan dengan tepat mengikut tempoh masa tertentu.
CPM dapat membantu pengurus mengenalpasti aktiviti yang kritikal yang perlu diberi perhatian agar
projek yang dirancang dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan.
PERT dan CPM merupakan alat perancangan dan pengawalan kepada aktiviti perancangan agar
ianya dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Sebarang masaalah yang dikesan juga dapat
diambil tindakan pembetulan dengan cepat.
Untuk menyediakan CPM kita harus memahami PERT dulu. Untuk membina PERT kita harus
mengetahui tiga perkara utama ia itu peristiwa, aktiviti dan laluan genting.
Peristiwa adalah merupakan titik akhir menunjukkan sesuatu aktiviti itu siap.
Aktiviti pula adalah melibatkan masa atau sumber yang diperlukan untuk menyiapkan satu peristiwa
kepada peristiwa seterusnya.
Laluan genting pula merujuk kepada CPM.
MUKA SURAT 228

