Page 92 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 92
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Contoh Soalan.
1. Jelaskan bagaimana pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi. [5]
Cadangan Jawapan
Pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi dengan :
1. Membantu pemimpin formal menyelesaikan masalah / konflik antara pekerja dengan pekerja /pekerja dengan majikan.
2. Menjadi wakil kepada pekerja-pekerja.
3. Memberi nasihat dan bimbingan kepada pekerja-pekerja lain.
4. Membantu meningkatkan semangat kerjasama antara pekerja/ahli kumpulan kerjanya.
5. Meningkatkan produktiviti melalui motivasi pekerja.
2. Huraikan empat kesan terhadap syarikat jika pekerja mengalami tekanan (stress) yang berlebihan. [4]
Cadangan Jawapan
Empat kesan terhadap syarikat jika pekerja mengalami tekanan (stress) yang berlebihan:
1. Prestasi pekerja menurun menyebabkan penurunan produktiviti syarikat.
2. Kerosakan akan berlaku pada bahan/input menyebabkan kualiti output dihasilkan rendah.
3. Pekerja akan berkelakuan agresif menyebabkan kerosakan harta benda syarikat
4. Pekerja tidak datang ke pejabat/ponteng kerja/cuti sakit mengakibatkan kerja tidak siap/produk tidak dapat
dihasilkan pada masa yang ditetapkan.
5. Kadar lantikhenti tinggi menyebabkan syarikat menanggung kos pengurusan sumber manusia yang tinggi.
6. Hubungan interpersonal terganggu memberi kesan kepada iklim syarikat yang tidak baik.
7. Pekerja yang sakit/kemalangan disebabkan tekanan kerja akan menyebabkan kos penjagaan kesihatan kesihatan bertambah.
MUKA SURAT 231

