Page 65 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 65

Seterusnya, dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Penduduk dapat bekerja

               sebagai pemandu feri, pemandu pelancong (menikmati keindahan pulau), nelayan dan dalam
               perindustrian pembinaan kapal.


               Kepentingan pengangkutan air lain ialah dapat meningkatkan keluaran dalam negara kasar

               (KDNK).  Ini  dapat  dilihat  apabila  berlaku  kemasukan  pelancong  asing  dari  luar  yang

               menggunakan perkhidmatan feri untuk ke pulau-pulau yang cantik di negara ini. Selain itu,
               peningkatan KDNK juga dilihat melalui perdagangan di kawasan pelabuhan.


               Selain itu, pengangkutan air juga akan mempercepatkan pembangunan infrastruktur di sesuatu

               kawasan. Ini dapat dilihat melalui kemajuan kawasan pelancongan yang banyak menggunakan

               perkhidmatan  pengangkutan  air.  Kerajaan  mengambil  inisiatif  untuk  memajukan  kawasan-
               kawasan yang berpotensi dibangunkan untuk pelancongan.


               Pembauran inovasi juga turut berlaku terutama di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

               Dengan  adanya  pengangkutan  air  inovasi  disebarkan  ke  kawasan-kawasan  pedalaman  di
               negara ini.



               Akhir sekali, kualiti hidup penduduk akan meningkat. Hal ini kerana kemajuan pengangkutan
               air akan membolehkan darjah ketersampaian sesuatu kawasan menjadi tinggi. Penduduk di

               kawasan tersebut boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik apabila kawasan mereka dapat
               dimajukan dan dijadikan sebagai kawasan pelancongan.




                     (b) Bincangkan enam masalah sistem pengangkutan air di Malaysia.          [13]

               Rangka Jawapan
                             Isi                                      Huraian
                 i.  Sungai yg cetek           Kedaan fizikal sungai yg cetek, sempit, berliku-liku dan
                                               berjeram tidak dpt dilalui oleh kapal & bot-bot besar.
                 ii.  Keadaan laut yang        Halangan cuaca seperti ribut & laut yg bergelora
                    bergelora                  membahayakan feri & bot-bot kecil terutamanya pada
                                               musim tengkujuh.
                 iii.  Ancaman lanun           Ancaman lanun terutama di kawasan perairan antara
                                               Sabah & Filipina.




                                                                                                       65
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70