Page 68 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 68

Kesan pengganda wujud disebabkan wujudnya sektor ekonomi perdagangan dan perniagaan.

               Sebagai contoh kewujudan restoran di kawasan perindustrian akan menyebabkan wujudnya
               kedai dobi, perumahan pekerja industri, stesen minyak di kawasan yang berdekatan.


               Kepentingan  lain  ialah  kemajuan  infrastruktur.  Kemajuan  jaringan  pengangkutan  penting

               untuk mengangkut hasil dagangan dan perniagaan untuk dipasarkan. Di samping itu kemajuan

               kemudahan pelabuhan dan lapangan terbang memudahkan eksport barangan dagangan dan
               perniagaan serta menjimatkan masa.


               Mempercepatkan  pembangunan  bandar  baru  akibat  kewujudan  sektor  perdagangan  dan

               perniagaan. Sebagai contoh wujudnya bandar baru seperti Nilai menyediakan banyak lot-lot

               perniagaan secara tidak langsung memajukan bandar Seremban  dan kawasan sekitarnya.


               Perkembangan  teknologi  telah  meningkat  akibat  kewujudan  sektor  perdagangan  dan
               perniagaan.  Kemasukan  teknologi  menyebabkan  kemasukan  inovasi  baru  seperti  teknologi

               robot  dan  jentera  moden  dalam  bidang  perdagangan  dan  perniagaan.  Hal  ini  akan
               meningkatkan kualiti produktiviti dalam bidang tersebut.



               Kesimpulannya,  sektor  perdagangan  dan  perniagaan  amat  penting  untuk  meningkatkan
               pendapatan  negara.  Sektor  ini  amat  membantu  sektor-sektor  ekonomi  yang  lain  bagi

               melancarkan perjalanan  kegiatan ekonomi lain.





                    (b)  Jelaskan enam ciri sektor perniagaan borong di Malaysia.                         [12]

               Rangka Jawapan
                       i.  Taburan
                       ii.  Skala
                       iii.  Orientasi pengeluaran
                       iv.  Penggunaan modal
                       v.  Tenaga buruh
                       vi.  Teknologi
                       vii. Pemilikan






                                                                                                       68
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73