Page 62 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 62

Namun  terdapat  faktor  lain  yang  mempengaruhi  aktiviti  eko  pelancongan  dijalankan  di
               Malaysia.  Dasar  Kerajaan  memajukan  industri  pelancongan.  Kerajaan  telah  menubuhkan

               Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) untuk memajukan lagi pelancongan di
               Malaysia terutamanya melalui promosi seperti Tahun Melawat Malaysia.



               Kemudahan  disediakan  bagi  kemudahan  pelancong.  Kerajaan  telah  membina  jaringan
               pengangkutan yang cekap, menggalakan industri pembinaan penginapan seperti hotel, chalet,

               pusat peranginan sebagai kemudahan untuk menarik pelancong.


               Penyediaan  kemudahan  perkhidmatan  yang  cekap.  Penubuhan  Pusat  Pelancongan  telah

               menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi pelancong. Misalnya kemudahan
               kesihatan yang cekap menggalakan aktiviti pelancongan kesihatan.


               Di samping itu tarikan pelbagai budaya di Malaysia menarik pelancong asing kepada cara

               hidup, budaya dan adat resam pelbagai kaum serta perayaan yang pelbagai menarik kedatangan
               pelancon asing.



               Faktor  ekonomi  Malaysia  yang  mempunyai  kos  hidup  yang  rendah  menggalakan  aktiviti
               pelancongan. Kadar pertukaran wang asing menjadikan Malaysia murah bagi negara-negara

               maju seperti Brunei, Singapura. Kos pelancongan yang rendah menjadi tarikan pelancong dan
               meningkatkan daya saing negara.



               Sememangnya tidak dapat dinafikan faktor tarikan fizikal mempengaruhi sektor pelancong di
               Malaysia. Namun perkembangan sektor ini dibantu oleh faktor manusia seperti dasar kerajaan

               dalam menentukan hala tuju sektor ini.














                                                                                                       62
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67