Page 60 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 60

mengangkut bahan binaan dan jentera pemasang cerucuk besi semasa proses pembinaan

               bangunan sedang dijalankan terutamanya ketika pembinaan bangunan-bangunan mega.


               Pembuangan sisa pepejal dari kawasan pembinaan menyebabkan pencemaran sampah sarap.
               Contohnya pembuangan i serpihan sisa kayu, plastik ,kotak ,sisa simen dan batu , sisa cat dan

               besi boleh menghasilkan juga pencemaran air dan tanah. Sisa sampah sarap yang tidak diurus

               dengan baik boleh menyebabkan longkang tersumbat dan boleh berlakunya banjir kilat.


               Pembinaan lebuhraya, jejantas dan jalan keretapi menyebabkan tarahan kawasan berbukit..
               kawasan- kawasan lereng bukit  ditebuk, dipotong dn diratakan menyebabkan kejadian tanah

               runtuh dan hakisan sering berlaku. Ketiadaan akar tumbuh-tumbuhan untuk mencengkam dan

               mengikat struktur tanah menjadikan tanah longgar apabila berlakunya hujan lebat.


               Selain  itu  kawasan  bandar  yang  tepu  bina  yang  permukaannya  berturap  dan  bersimen
               menyebabkan kadar larian air permukaannya tinggi. Hal ini kerana air tidak dapat meresap

               masuk ke dalam tanah. Air larian yang terlalu banyak boleh menebabkan berlakunya lebihan
               air atau banjir kilat  terutamanya di  kawasan rendah yang sistem perparitan dan salirannya

               buruk.


               Kawasan  bandar  juga  kekurangan  kawasan  hijau.  Aktiviti  pembinaan  menyebabkan  tanah

               menjadi gondol dan lapang. Oleh itu, pancaran matahari akan terus sampai ke permukaan bumi
               tanpa dihalang oleh tumbuhan dan ini menyebabkan berlakunya pemanasan setempat. Keadaan

               ini diburukkan lagi dengan strukttur permukaan bumi disemen dan di tar. Keadaan tersebut

               memudahkan proses penyerapan haba dan menjadikan persekitaran lebih panas.  Ketiadaan
               tumbuhan  hijau  menyebabkan  gas  rumah  hijau  bertambah  dan  kelembapan  udara  menjadi

               rendah. Peningkatan suhu mikro di bandar akan berlaku.


               Pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan kawasan paya ditimbus untuk dibina tapak

               perindustrian  dan  perumahan.  Kesannya  habitat  semulajadi  kawasan  paya  akan  musnah.
               Biodiversiti kawasan ini terjejas. Kawasan tadahan air juga turut musnah.


               Kesimpulannya pembinaan yang pesat akan memberi kesan besar kepada persekitaran fizikal

               bandar. Oleh itu pembangunan yang lestari amat penting untuk mengekalkan kawasan bandar
               sebagai kawasan yang sejahtera untuk dihuni.


                                                                                                       60
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65