Page 67 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 67
Kesimpulannya, pelbagai halangan, isu dan masalah yang dihadapi oleh negara dalam
memajukan sektor pengangkutan air perlu diatasi dengan bijak oleh pihak-pihak berwajib atau
lebih tepat oleh kerajaan. Hal ini kerana kemajuan sistem pengangkutan air akan meningkatkan
sektor pelancogan di negara ini kerana negara ini sangat terkenal dengan keindahan bentuk
muka bumi pulau yang menarik kedatangan pelancong dari dalam mahupun luar negara.
22. (a) Bincangkan enam kepentingan sektor perdagangan dan perniagaan terhadap
ekonomi Malaysia. [13]
Rangka Jawapan
i. Sumber pendapatan negara (KDNK) / eksport
ii. Peluang pekerjaan penduduk
iii. Kesan pengganda / industri hiliran
iv. Kemajuan infrastruktur
v. Percepatkan pembangunan kawasan/bandar baru spt Nilai
vi. Membangunkan ekonomi primer
vii. Peningkatan daya saing
viii. Perkembangan teknologi
ix. Pelaburan asing/tempatan/GLC – peningkatan modal
Cadangan Jawapan
Meningkatkan pendapatan negara melalui cukai eksport ke negara luar. Barangan yang
dieksport dalam bentuk barangan siap atau separa siap akan dikenanakan cukai dan
menyebabkan pengaliran masuk wang asing ke dalam negara. Hal ini akan meningkatkan
pendapatan negara melalui nilai eskport yang masuk ke dalam negara.
Sektor perdagangan dan perniagaan menyediakan banyak peluang pekerjaan sama di peringkat
atas, pertengahan dan bawah seperti pengurus, penyelia, jurutera, penyelidk, operator
pengeluaran, pegawai pemasaran dan lain-lain. Peluang pekerjaan yang banyak dapat
mengurangkan kadar pengangguran bagi sesebuah negara.
67

