Page 80 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 80

AFTA mengenakan kadar cukai yang rendah  atau penghapusan cukai bagi sesetengah produk.

               Tindakan ini membolehkan harga barangan pengguna menjadi lebih rendah dan berpatutan.
               Keadaan ini membolehkan pengguna boleh menikmati barangan dan kos perkhidmatan yang

               lebih  murah.  Kuasa  beli  pengguna  bertambah  dan  pendapatan  boleh  guna  meningkat.
               Seterusnya penduduk mampu memiliki barangan berjenama dan berkualiti.



               Permintaan  yang  tinggi  dari  pasaran  bebas  AFTA    terhadap  barangan  dan  perkhidmatan
               menyebabkan  aktiviti  pengeluaran  khususnya  perkilangan  dan  pertanian  dipertingkatkan.

               Kesannya,  kegiatan  ekonomi  pertanian,  pemprosesan  dan  pembuatan  dalam  negara  akan
               berkembang pesat untuk menampung permintaan dari pasaran AFTA.



               Aliran  perdagangan  Malaysia  dengan  rakan  dagangan  ASEAN  meningkat  kerana  boleh
               menikmati faedah daripada penghapusan sekatan perdagangan, dasar perlindungan dan cukai

               atau  tarif  yang  lebih  rendah.  Defisit  imbangan  perdagangan  dapat  diperbaiki.  Pendapatan
               eksport Malaysia meningkat. Hal ini kerana berlaku peningkatan kerjasama perdagangan antara

               negara . karenah birokrasi atau peraturan yang rigid dalam perdagangan boleh diminimakan.


               Malaysia perlu bergiat aktif dalam AFTA  kerana manfaat yang diperoleh sangat besar dan

               dapat memberi sumbangan bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada usahawan serta
               penduduk Malaysia amnya.





               27.     (a)  Bincangkan enam kelebihan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura
                               (IMS- GT) berbanding segitiga pertumbuhan yang lain.                             [13]

               Rangka Jawapan
                     i.   Lokasinya yang hampir dengan Singapura (negara yang lebih maju)-limpahan
                          pembangunan- Wilayah Pembangunan Iskandar dan pulau Batam
                     ii.   Jaminan keselamatan tinggi. - stabil daripada segi politik, aman dan tidak berlaku
                          tuntutan autonomi- iklim pelaburan yang sihat
                    iii.   Menjadi tumpuan kerajaan. - fokus ke tiga-tiga kerajaan - mewujudkan pusat
                          pertumbuhan ekonomi serantau - berasaskan sektor tertier/ kutub pertumbuhan
                          selatan
                    iv.   Galakan dan insentif diberi kepada pelabur dalam dan luar - insentif percukaian,
                          ekuiti yang lebih besar, bebas cukai dsb.
                     v.   Kawasan sedia maju dengan ekonomi moden. - memiliki kemudahan asas yang
                          sudah yang lengkap/ ketersampaian tinggi.



                                                                                                       80
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85