Page 12 - TEMA 1 bersama surah Ar Rahman
P. 12

dan dikenali sebagai permatang tengah lautan. Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik yang
               berada di tengah lautan Atlantik.

               c). Perselisihan plat

               Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di sepanjang garis gelinciran. Ia juga
               dikenali sebagai sempadan neutral. Fenomena yang sering berlaku di kawasan ini ialah gelinciran
               dan gempa bumi.



               D TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA

               a. Bukti keselanjaran benua

               Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua kini
               adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan.

               Pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan dengan pinggir laut timur Amerika Selatan.
               Pinggir Laut Eropah Barat boleh dicantumkan dengan pinggir laut Amerika Utara.



               b. Bukti geoglogi

               Geologi enapan awal yang berada di dasar laut yang terletak di sekitar Lautan Atlantik adalah sama
               dengan yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya. Ini
               menguatkan bukti kemungkinan benua-benua tersebut telah berpecah dari satu jisim benua yang
               sama sebelumnya



               c. Bukti bahan fosil

               Fosil dinosaour dari Zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Selatan
               dan China. Fosil ini adalah sama dari segi jenis dan usia.



               d. Bukti paleomagnet

               Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan
               kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km dari sebelah barat Amerika Utara ke sebelah
               utara Asia dan ke kawasan artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra-kambrian hingga ke zaman
               Pertengahan Tersier.



               e. Bukti oseanik

               Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di Lautan
               Pasifik dan Lautan Atlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.
   7   8   9   10   11   12