Page 8 - TEMA 1 bersama surah Ar Rahman
P. 8

i. Konsep Luluhawa Kimia

               Semua proses pereputan dan penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindakbalas
               dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer ke peringkat
               sekunder. Tindakan ini boleh mengubah kandungan kimia batuan.



               ii. Proses luluhawa kimia

               a). Pengoksidaan

               Proses ini berlaku apabila mineral dalam batuan bertindakbalas dengan oksigen dalam udara.
               Pengoksidaan berlaku terhadap batuan yang banyak mengandungi mineral besi (ferum). Sebatian
               besi akan teroksida apabila terdedah kepada udara (oksigen) dan air. Ia akan bertukar kepada
               warna perang kemerahan atau berkarat. Sebatian ferum yang teroksida ini boleh melemahkan
               struktur batuan.



               b). Pengkarbonan

               Ia merupakan tindakbalas antara kalsium karbonat dengan asid karbonik. Asid karbonik lemah
               terbentuk apabila air hujan bercampur dengan karbon dioksida dalam udara. Air hujan yang
               mengandungi asid karbonik lemah ini mudah bertindakbalas dengan batu kapur dan menghasilkan
               kalsium bikarbonat.

               Proses pengkarbonan ini boleh menghasilkan pelbagai pandang darat karst di kawasan batu kapur
               seperti klint, gua batu kapur, stalaktit, stalagmite dan lain-lain.



               c). Penghidratan

               Penghidratan berlaku apabila mineral batuan menyerap air. Ketegasan dan pengembangan terhasil
               dalam batuan dan akhirnya boleh melemahkan struktur bantuan dan menghancurkannya. Contohnya
               pembentukkan limonit.

               Terdapat juga keadaan di mana mineral bergabung dengan air dan membentuk mineral lemah.
               Proses ini boleh melemahkan dan mengurai batuan induk.



               d). Larutan

               Air hujan atau air larian bertindak sebagai pelarut. Air berupaya melarutkan mineral batuan yang
               mudah larut seperti gipsum, natrium klorida dan kalsium karbonat. Kalsium, natrium dan
               magnesium mempunyai kadar kelarutan yang tinggi berbanding dengan silica. Dengan itu ia mudah
               dilarutkan dan disingkirkan daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan.



               e). Hidrolisis

               Ia merupakan proses pengasingan mineral dalam batuan oleh tindakan air. Tindakbalas ion hidrogen
               dengan ion mineral batuan akan menghasilkan sebatian baru dengan mineral yang berlainan dari
               batuan asal. Kesannya batuan asal akan berubah kepada batuan jenis lain. Contohnya feldspar
               dalam batuan granit bertukar kepada kaolin (tanah liat bewarna putih) yang lembut apabila air
               hujan bertindak ke atasnya.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12