Page 10 - TEMA 1 bersama surah Ar Rahman
P. 10

Rekahan juga merupakan faktor penentu keberkesanan luluhawa. Rekahan merupakan garisan
               lemah batuan. Batuan yang mempunyai kepadatan rekahan yang tinggi dan rekahan berada dalam
               keadaan menegak, mempunyai kadar luluhawa yang tinggi. Ini kerana air, asid dan larutan boleh
               bertakung dan menembusi batuan ini. Luluhawa kimia boleh bertindakbalas di sepanjang dinding
               rekahan.



               d. Relief

               Relief ialah keadaan cerun sesuatu kawasan. Luluhawa kimia pesat berlaku di kawasan cerun landai
               dan tanah pamah. Kawasan ini menggalakkan kadar simpanan air berbanding kawasan cerun curam.

               Luluhawa akan lebih berkesan di kawasan cerun yang menghadap pancaran matahari berbanding
               dengan cerun yang membelakangkan matahari. Pancaran matahari (suhu) diperlukan untuk tindakan
               luluhawa kimia.



               F. KESAN LULUHAWA TERHADAP PEMBENTUKAN LANDSKAP AKTIVITI MANUSIA

               a. Di kawasan batu kapur, luluhawa mewujudkan pandang darat karst yang menarik seperti gua,
               sungai bawah tanah, stalaktit, stalagmite dan lain-lain. Gua-gua batu kapur seperti Gua Niah dan
               Gua Mulu di Sarawak sering menjadi tarikan pelancong.

               b. Pembentukan tanah liat. Pembentukan tanah liat berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap
               batuan feldspar. Tanah liat ini sangat penting dalam industry tembikar.

               c. Tanah laterit terbentuk hasil proses pengoksidaan. Tanah laterit yang bewarna keperangan ini
               sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

               d. Proses luluhawa di kawasan gurun menghasilkan gurun batu dan gurun pasir

               HANYUTAN BENUA

               A. TEORI HANYUTAN BENUA

               Dikemukakan oleh Alfred Wegener, 1910. Menurut Wegener, 200 juta tahun dahulu semua benua
               bercantum dan membentuk satu daratan besar yang dikenali sebagai Pangea. Lautan disekelilingnya
               dipanggil Panthalassa.

               180 juta tahun dahulu - Pangea telah berpecah kepada Laurasia di utara dan Gonwanaland di
               selatan serta menghasilkan Laut Tethys. Laurasia mengandungi benua-benua seperti Amerika Utara,
               Eropah dan Asia sementara Gonwanaland meliputi benua Amerika Selatan, Afrika, Semenanjung
               Arab, India dan Australia.

               Wegener menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan benua iaitu pergerakan ke arah barat yang
               disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik dan pergerakan dari kutub akibat daripada tekanan ke atas
               benua yang seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas. Hipothesis Wegener amat
               berkait dengan daya mampatan dan daya tegangan yang wujud dalam bumi yang boleh
               menggerakkan lapisan bumi. Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas.
               Batuan di dalam lapisan mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi dan berada dalam keadaan
               separa cair, arus perolakan wujud di lapisan ini dan lapisan kerak bumi dikatakan terapung di atas
               lapisan astenosfera.



               B. TEORI PELUASAN DASAR LAUT

               Menurut teori ini, apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak naik ke lapisan kerak
   5   6   7   8   9   10   11   12