Page 7 - TEMA 1 bersama surah Ar Rahman
P. 7
b). Tindakan ibun
Tindakan ibun merupakan proses luluhawa fizikal yang berkesan di kawasan sederhana dunia
terutamanya di bahagian puncak gunung atau tanah tinggi yang sering mengalami keadaan beku
cair.
Kerpasan seperti fros atau salji yang bertakung dalam rekahan batuan akan membeku pada musim
sejuk dan juga di kawasan pergunungan apabila suhu berada di bawah takat beku. Ais akan cair
apabila tibanya musim panas
Isipadu air yang beku ini akan bertambah sebanyak 10% dan kesannya menghasilkan tekanan yang
kuat di sekitar dinding rekahan, proses yang berulang ini akan menghasilkan rekahan yang semakin
membesar dan akhirnya boleh memecahkan batuan. Serpihan batuan yang bersegi-segi ini jatuh di
kaki gunung dan dikenali sebagai talus atau skri.
c). Penghabluran garam
Proses penghabluran garam ini giat berlaku di kawasan panas dan kering seperti di kawasan savana
dan monson tropika.
Ia merupakan proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan
rongga-rongga permukaan batuan. Akibat cuaca panas yang melampau atau ketika musim panas air
akan ditarik ke permukaan bumi oleh daya rerambut / daya tarikan kapilari. Apabila air tersejat,
hablur-hablur garam yang halus akan tertinggal dalam rekahan. Proses yang berterusan akan
menyebabkan hablur garam semakin banyak dan berkembang semakin besar. Pembesaran dan
pertambahan kuantiti hablur garam akan mewujudkan tekanan dan ketegasan yang ke atas dinding-
dinding rekahan sehingga rekahan menjadi semakin luas, dalam dan seterusnya pecah.
d). Pembasahan dan pengeringan
Proses ini berlaku di kawasan tropika lembap. Pembasahan apabila batuan ditimpa hujan lebat
sehingga membolehkan batuan menyerap air dan berada dalam keadaan tepu. Pada masa ini,
lapisan batuan yang lembap akan mengalami pengembangan. Manakala pancaran matahari yang
terik pula akan mengeringkan batuan dan lapisan batuan akan mengalami pengecutan. Proses
pengembangan dan pengecutan yang berulang menyebabkan lapisan bantuan tersepai dari batuan
asalnya.
Pembasahan dan pengeringan juga berlaku di kawasan pantai yang menerima pengaruh air pasang-
surut. Semasa air pasang, batuan akan tenggelam dan mineral-mineral dalam batuan menjadi
lembap dan mengembang. Semasa air surut pula, batuan yang timbul akan dikeringkan oleh
pancaran matahari. Batuan menjadi kering dan mengecut dengan cepat. Proses yang berulang ini
turut memecahkan batuan.
e). Pelepasan tekanan
Proses ini berlaku terhadap batuan yang terletak jauh ke dalam kerak bumi. Batuan ini berada
dalam keadaan menguncup kerana tertekan oleh bantuan lain yang terletak di atasnya. Apabila
batuan di atasnya mengalami hakisan, diangkut dan direndahkan batuan yang terletak jauh di
dalam kerak bumi akan terdedah ke permukaan ini. Pengurangan beban atau pelepasan tekanan ini
akan menyebabkan lapisan atas batuan berkenaan mengalami proses pengembangan sehingga
menyebabkannya merekah dan pecah.
C. LULUHAWAN KIMIA

