Page 9 - TEMA 1 bersama surah Ar Rahman
P. 9
D. LULUHAWA BIOLOGI
i. Konsep Luluhawa biologi
Ia melibatkan tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia. Proses ini berlaku
secara fizikal atau kimia dan melibatkan proses pemecahan dan penguraian batuan
ii. Proses luluhawa biologi
a). Tumbuhan
Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan batuan akan semakin membesar dan
akhirnya meretakkan batuan.
Akar tumbuhan juga boleh bertindak mereputkan batuan melalui asid humik yang dikeluarkan.
Contohnya akar lumut dan kulampair. Penguraian oleh bakteria terhadap daun, ranting, dahan yang
gugur juga boleh menghasilkan asid humik yang boleh bertindakbalas dengan mineral batuan.
b). Haiwan
Haiwan seperti arnab, tikus, ular akan memecahkan batuan dengan mengorek lubang di dalam
tanah. Struktur tanah yang longgar dan polos ini memudahkan kadar resapan ke dalam tanah.
c). Manusia
Tindakan manusia seperti meletupkan batuan di kuari dan lombong telahmendedahkan batuan
kepada proses luluhawa seterusnya.
E. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LULUHAWA
a. Iklim
Suhu dan hujan merupakan dua unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa. Proses-proses luluhawa
kimia seperti larutan, pengkarbonan dan hidrolisis amat bergantung kepada kehadiran air. Menurut
Prinsip Lee Chatlier ‘tindakbalas luluhawa kimia akan berganda apabila kuantiti air bertambah ’.
Kawasan Tropika Lembap mendapat bekalan hujan tahunan yang banyak maka luluhawa kimia
adalah berkesan di kawasan ini.
Purata suhu tahunan yang tinggi (27 C hingga 32 C )di Tropika Lembap juga merupakan penyumbang
utama kepada proses luluhawa kimia. Suhu yang tinggi sepanjang tahun dengan bezantara suhu
harian yang kecil membolehkan operasi kimia berlaku dengan berkesan.
b. Jenis batuan
Batuan yang lembut seperti batu kapur, dolomite dan gypsum merupakan jenis batuan yang tidak
stabil dan mudah mengalami luluhawa berbanding dengan batuan keras seperti granit.
c. Rekahan

