Page 10 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 10

dekat berbanding dengan jarak matahari di hemisera selatan, manakala di hemisfera selatan

               mengalami musim sejuk.


                       Selain itu, disebabkan jarak matahari dengan bumi yang lebih dekat di hemisfera utara
               berbanding dengan hemisfera selatan juga menyebabkan tempoh siang malam yang tidak sama

               di  kedua-dua  hemisfera.  Hemisfera  utara  mengalami  waktu  siang  yang  lebih  panjang

               berbanding  dengan  waktu  malam  manakala  di  hemisfera  selatan  pula  waktu  malam  lebih
               panjang daripada waktu siang.


                       Keadaan di kutub juga mengalami tempoh waktu siang dan malam berbeza. Di kutub

               utara waktu siang adalah selama 24 jam manakala di hemisfera selatan pula waktu malam

               adalah selama 24 jam.  Hal ini juga berlaku disebabkan oleh kecondongan paksi bumi dan
               kedudukan bumi dengan matahari.


                       Penerimaan  sinaran  matahari  yang  tinggi  dan  lebih  lama  menyebabkan  suhu  di

               hemisfera  utara  meningkat  tinggi,  kejadian  ini  menyebabkan  hemisfera  utara  mengalami
               tekanan udara rendah. Di hemisfera selatan pula ketika solstis pada 21 Jun, suhu lebih rendah

               kerana jarak matahari di hemisfera selatan lebih jauh. Kesannya hemisfera selatan mengalami

               tekanan udara tinggi.


                       Bahangan matahari di hemisfera utara lebih tinggi ketika solstis musim panas 21 Jun
               disebabkan sudut pancaran matahari di hemisfera ini lebih tepat dan keamatan cahaya matahari

               juga lebih tinggi. Berbeza dengan keadaan di hemisfera selatan bahangan matahari lebih rendah

               kerana sudut pancaran matahari lebih mencapah dan mengurangkan tahap keamatan bahangan.


                       Kerpasan yang berlaku di hemisfera utara adalah dalam bentuk cecair iaitu hujan kerana
               hablur-hablur ais yang berada di awan akan dicairkan oleh suhu yang panas. Di hemisfera

               selatan  pula,  kerpasan  yang  berlaku  adalah  dalam  bentuk  pepejal  iaitu  salji  kerana  suhu

               persekitaran yang rendah.


                       Kesimpulan yang boleh diberikan bahawa perbezaan ciri yang terdapat di permukaan
               bumi ketika solstis 21 Jun di kedua-dua hemisfera ialah dari segi musim, panjang siang-malam

               di hemisfera utara dan selatan serta di kutub, tekanan udara, bahangan matahari dan bentuk
               kerpasan.


                                                                                                       10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15