Page 11 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 11

(b)  Bandingkan enam aktiviti manusia ketika kejadian solstis di sesuatu kawasan.        [12]

               Rangka Jawapan

                  i.   pertanian – giat dijalankan ketika solstis musim panas; musim sejuk - aktiviti terhad,
                       tempoh singkat, rumah kaca.
                 ii.   aktiviti pengeringan ikan – musim panas giat dijalankan; musim sejuk – terhenti.
                iii.   pelancongan – musim panas –berenang/berjemur/snokerling; musim sejuk – luncr
                       salji.
                 iv.   penternakan – ternakan dilepaskan di padang ragut ketika musim panas; musim sejuk
                       ternakan dikurung di dalam kandang, makanan diberi.
                 v.    pembalakan – musim panas – sungai cair- mudah hanyut balak; musim sejuk – getah
                       beku - mudah dibalak, permukaan salji – mudah diangkut.
                 vi.   perikanan – musim panas – giat dijalankan; musim sejuk -laut beku/kabus – aktiviti
                       tergendala.
                vii.   perburuan – musim panas – berburu unt dapatka daging; musim sejuk –giat/haiwan
                       tidak aktif / berburu unt dapatkan bulu.
               viii.   sukan/rekreasi – musim panas- sukan air / padang; musim sejuk – luncur salji.
                 ix.   perlombongan – musim panas – giat dijalankan; musim sejuk – tergendala, suhu
                       sejuk, sukar.

               Cadangan Jawapan

                       Aktiviti pertanian pertanian ang dijalankan ketika solstis berbeza mengikut musim.

               Ketika musim panas , aktiviti pertanian dijalankan dengan giat kerana sinaran matahari yang
               banyak meningkatkan tumbesaran tanaman seperti gandum dan oat. Ketika musim sejuk pula

               aktiviti pertanian agak terhad kerana tempoh penerimaan sinaran matahari pendek dan suhu

               sangat sejuk. Tanaman akan cepat rosak. Aktiviti pertanian ketika musim sejuk lebih
               tertumpu di rumah-rumah kaca.



                       Pengeringan ikan giat dijalankan ketika musim panas kerana penerimaan cahaya
               matahari yang tinggi dan lama tetapi aktiviti ini tidak dapat dijalankan ketika solstis musim

               sejuk kerana suhu yang rendah dan sinaran matahari yang kurang.


                       Ketika musim panas cuaca yang cerah dan sederhana amat sesuai untuk kegiatan
               pelancongan di kawasan peranginan pantai. Aktiviti seperti berenang, snokeling dan

               menyelam dapat dilakukan. Walau bagaimanapun ketika musim sejuk lebih kepada aktiviti

               luncur salji kerana banyak kawasan peranginan tinggi dilitupi dengan salji.







                                                                                                       11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16