Page 15 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 15

Bahangan  suria  yang  tinggi  membekalkan  tenaga  yang  cukup  untuk  membolehkan

               proses sejatan dari permukaan tasik, sungai, laut dan sejat peluhan dari tumbuhan dan lembapan
               tanih. Wap air ini akan terbebas ke atmosfera.


                       Suhu yang tinggi menyebabkan proses luluhawa fizikal giat berlaku di kawasan gurun

               contohnya  luluhawa  fizikal  iaitu  proses  pengembangan  giat  berlaku  pada  waktu  siang  dan

               pengecutan pada waktu malam. Proses kembang kecut ini akan menyebabkan batuan retak dan
               pecah dalam bentuk pengelupasan bawang.


                       Bahangan  suria  yang  mencukupi    akan  menggalakkan  proses  fotosintesis  untuk

               tumbuh-tumbuhan memproses makanannya sendiri dalam bentuk daun dan buah. Seterusnya

               makanan ini menjadi pengeluar kepada pengguna primer dalam rantaian makanan.
                       Panas dan lembap sepanjang tahun menyebabkan luluhawa kimia di kawasan tropika

               lembap  giat  berlaku.  Proses  pengoksidaan  tindak  balas  kimia  antara  air  dalam  batuan  dan
               oksigen yang menyebabkan batuan menjadi berkarat dan reput membentuk tanah laterit. Proses

               tindak balas akan menyebabkan batuan akan retak dan hancur.




               5 (b) Bincangkan kesan bahangan suria terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.
                                                                                                      [13]
               Rangka Jawapan

                  i.   Suhu yang tinggi.
                 ii.   Panas dan lembap sepanjang tahun.
                iii.   Bahangan suria yang tinggi.
                 iv.   Pancaran matahari terik sepanjang tahun.
                 v.    Bahangan suria yang mencukupi.
                 vi.   Jumlah cahaya matahari yang banyak.



               Cadangan Jawapan

                       Suhu  yang  tinggi  sepanjang  tahun  di  kawasan  tropika  menggalakkan  kedatangan
               pelancong asing dari negara bermusim. Aktiviti yang menjadi tarikan pelancong seperti aktiviti

               berjemur di tepi pantai, berkayak, berakit dan sebagainya.








                                                                                                       15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20