Page 12 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 12
Aktiviti penternakan juga berbeza ketika musim panas dan sejuk. Ketika musim panas
haiwan ternakan akan dilepaskan di padang ragut dan halau ke tanah tinggi kerana air dan
salji yang mencair menggalakkan pertumbuhan rumput. Pada musim sejuk binatang ternakan
dikurung di dalam kandang dan diberi rumput kering.
Aktiviti pembalakan juga dipengaruhi oleh kejadian solstis. Ketika musim panas
balak-balak yang ditinggalkan di dalam sungai akan dihanyutkan oleh air sungai yang
mencair. Aktiviti penebangan pokok balak lebih giat dilakukan ketika solstis musim sejuk
kerana getah pokok balak yang kering memudahkan penebangan pokok balak. Permukaan
tanah bersalji dan licin memudahkan balak yang ditebang diheret ke sungai.
Aktiviti perikanan ketika musim sejuk giat dijalankan di laut kerana cuaca cerah.
Ketika musim sejuk aktiviti perikanan tergendala kerana laut membeku, permukaan laut
berkabus hingga menyebabkan jarak penglihatan terhad. Keadaan ini berbahaya kepada
nelayan. Hanya aktiviti perikanan secara kecil-kecilan dapat dijalankan.
Aktiviti perburuan juga dijalankan ketika solstis musim panas dan solstis musim
sejuk. Ketika musim panas aktiviti perburuan perburuan dilakukan untuk mendapatkan
daging. Manakala ketika musim sejuk aktiviti perburuan giat dilakukan kerana haian tidak
aktif dan mudah diburu. Ketika musim ini juga haiwan diburu untuk mendapatkan bulu.
Aktiviti sukan dan rekreasi juga berbeza mengikut musim. Ketika musim panas
aktiviti sukan air seperti perahu layar dipertandingkan kerana cuaca ang cerah dan angin yang
kencang. Acara sukan juga dapat dijalankan di kawasan padan dan terbuka. Ketika musim
sejuk pula sukan luncur salji dijalankan di kawasan tanah tinggi ang dipenuhi salji.
Aktiviti perlombongan giat dijalankan ketika musim panas kerana cuaca yang cerah
dan suhu yang tinggi memudahkan pergerakan dan aktiviti pengeluaran hasil lombong.
Ketika musim sejuk kegiatan perlombongan terganggu kerana suhu yang sejuk mengganggu
dan menyukarkan aktiviti perlombongan dilakukan.
12

