Page 21 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 21

Garam batu yang digunakan untuk pengawetan makanan. Garam batu digunakan

               untuk industri pengeringan ikan dan membuat jeruk.  Makanan akan menjadi tahan lama dan
               tidak mudah rosak disamping sebagai penambah perasa dalam makanan.


                       Kesimpulannya, antara kepentingan batuan enapan ialah arang batu sabagai bahan api,

               batu kapur untuk industri binaan, tanah liat untuk  tanaman padi sawah,  batu pasir untuk

               industri  membuat  barangan  kaca,  kaolin    untuk  industri  tembikar  dan  garam  batu  untuk
               pengawetan makanan.




               8. (a) Huraikan enam proses pembentukan muka bumi yang terhasil akibat pergerakan plat tektonik.
                                                                                                      [12]
               Cadangan Jawapan

               Gunung lipat terhasil daripada proses pertembungan plat yang akan menghasilkan lipat lendut. Jurang
               lautan terhasil daripada pencapahan plat yang berlaku di lautan. Seterusnya lurah gelinciran terhasil
               daripada perselisihan atau pencapahan/pertembungan plat yang mana satu plat akan jatuh. Pembentukan
               gunung bongkah terhasil daripada pertembungan dua plat. Satu plat akan naik dan satu lagi akan kekal.
               Pantai timbul terhasil daripada pertembungan plat. Satu plat akan naik. Akhir sekali sungai balik muda
               terhasil daripada pertembungan plat. Satu plat akan jatuh






                  (b) Bincangkan bagaimana proses-proses endogenik mempengaruhi pelbagai bentuk muka bumi
                        yang wujud sekarang.                                                                                                                 [13]

               Cadangan Jawapan

               Proses lipatan kerak bumi membentuk gunung lipat atau banjaran gunung. Kerak bumi akan berlipat-
               lipat akibat pergerakan plat secara bertembung. Seterusnya proses gelinciran kerak bumi membentuk
               gunung bungkaah. Bahagian bumi yang kukuh dan tidak tersesar atau tergelincir akan tinggal tinggi
               sebagai gunung bungkah. Bahagian bumi yang jatuh atau teratam ke bawah membentuk lurah gelinciran
               yang dalam. Proses atau aktiviti magma gunung berapi membentuk bentuk muka bumi gunung berapi
               seperti kun gunung berapi, dataran lava, tasik kawah, gizer dan mata air panas. Selain itu, pembentukan
               batuan  igneus  juga  terhasil  daripada  pembekuan  dan  penyejukan  magma  gunung  berapi.  Proses
               metamorphosis membentuk batuan metamorphosis akibat haba panas dalam bumi, bahang magma dan
               tekanan himpitan lapisan bumi seterusnya mengubah bentuk dan kandungan kimia batuan enapan dan
               igneus dan membentuk batuan metamorphosis. Akhir sekali pergerakan plat bumi akibat pertembungan
               plat akan membentuk gunung dan banjaran. Pencapahan plat bumi pula membentuk jurang laut.





                                                                                                       21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26