Page 18 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 18
Pemendapan pula merupakan proses yang berlaku apabila bahan muatan menjadi
pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen seperti air mengalir. Proses pemendapan
bahan muatan seperti di sungai akan menghasilkan delta di muara sungai.
kesimpulannya, empat proses geomorfologi dalam sistem geomorfologi adalah seperti
luluhawa, hakisan, pergerakan jisim dan pemendapan.
(c) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia boleh menganggu keseimbangan sistem
geomorfologi [9]
Rangka Jawapan
isi proses kesan
i. Pertanian di cerun pemotongan tanah hakisan tanah
ii. Kuari batuan/ kaedah letupan pergerakan jisim
perlombongan di cerun
iii. Pembalakan penebangan pokok luluhawa - pelepasan
tekanan
Cadangan Jawapan
Pertanian di cerun boleh menganggu keseimbangan sistem geomorfologi.
Pemotongan tanah di kawasan cerun untuk aktiviti pertanian seperti penanaman padi huma,
penanaman sayur-sayuran dan bijirin di cerun akan menyebabkan berlakunya struktur tanah
menjadi longgar dan terdedah kepada agen-agen hakisan seperti air hujan. Keadaan ini akan
menyebabkan kawasan cerun senang mengalami hakisan tanah.
Perlombongan di kawasan cerun turut menganggu keseimbangan sistem
geomorfologi. Penggunaan kaedah letupan dalam aktiviti perlombongan seperti kuari batuan
akan melonggarkan struktur tanah. Apabila hujan turun dengan lebat, pergerakan jisim seperti
tanah runtuh akan berlaku di kawasan cerun.
Pembinaan jaringan pengangkutan dan perhubungan akan menyebabkan tanah
terdedah kepada agen- agen geomorfologi seperti air hujan. Penebangan pokok secara besar-
besaran akan menyebabkan proses pintasan dan proses susupan tidak berlaku. kewujudan larian
air permukaan yang giat berlaku akan menyebabkan hakisan permukaan.
18

