Page 20 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 20
(b) Bincangkan enam kepentingan batuan enapan terhadap aktivti manusia. [13]
Rangka Jawapan
i. Arang batu + bahan api = menggalakkan aktiviti perlombongan bahan api.
ii. Batu kapur + bahan binaan = menggalakkan perlombongan kuari
iii. Batu syal + sifat menakung air = aktiviti tanaman padi sawah
iv. Batu pasir mengandungi kuarzit = industri kaca
v. Kaolin bersifat lembut dan mudah dibentuk = industri tembikar
vi. Garam batu + mengawet makanan = industri pengeringan ikan dan membuat jeruk
x Kesimpulan
Cadangan Jawapan
Salah satu kepentingan batuan enapan ialah arang batu boleh digunakan sebagai bahan
api. Hal ini akan menggalakkan aktiviti perlombongan bahan api. Bahan ini api ini digunakan
untuk menggerakkan kenderaan atau mesin.
Batu kapur untuk kegunaan bahan binaan. Batu kapur dilombong untuk membuat
simen. Aktiviti membuat simen ini akan menggalakkan perlombongan kuari batu kapur dan
aktiviti perindustrian. Aktiviti perindustrian ini melibatkan kilang membuat simen dan bata
simen.
Batu syal atau tanah liat yang bersifat menakung air. Tanah liat amat sesuai untuk
aktiviti tanaman padi sawah. Hal ini kerana sifat tanah liat dapat menakung air dan membantu
tumbesaran pokok padi. Secara tidak langsung akan menarik lebih banyak penduduk tertumpu
di kawasan ini contohnya Jelapang Padi Malaysia di Kedah.
Batu pasir yang mengandungi kuarzit sesuai digunakan untuk industri membuat
barangan kaca. Sebagai contoh industri pembuatan kaca terdapat di Kawasan Perindustrian
Jelapang dan Lahat yang terdapat di negeri Perak.
Kaolin bersifat lembut dan mudah dibentuk. Batuan enapan jenis kaolin ini amat sesuai
untuk industri membuat tembikar dan plaster siling kerana kaolin merupakan simen putih yang
lembut dan mudah dibentuk.
20

