Page 22 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 22

9  (a) Bincangkankan enam faktor yang mempengaruhi kepelbagaian bentuk gunung
                      berapi.                                                                      [13]

               Rangka Jawapan

                     i.   jenis lava
                     ii.   kekuatan letusan/letupan
                    iii.   jenis/ciri/jumlah lohong
                    iv.   kuantiti bahan letusan yang dikeluarkan
                     v.   tindakan agen hakisan
                    vi.   kekerapan letusan/letupan
                   vii.   Usia gunung berapi
                   viii.   kesimpulan

                       #calon perlu menyebut faktor dan bentuk gunung berapi yang terhasil, sekiranya calon
                       tidak menyebut faktor dan bentuk, maka markah adalah 0.

               Cadangan Jawapan

                Jenis lava akan mempengaruhi sesuatu bentuk bumi bumi gunung berapi. lava bes yang cair
               dan lambat membeku akan membentuk cerun landai manakala lava asid lebih pekat
               membentuk cerun curam

               kekuatan letusan/letupan, letusan yang kuat akan membentuk kaldera/ krater/kawah besar.
               sekiranya letusan  perlahan akan membentuk kun tinggi/ kawah kecil

               Jenis/ciri/jumlah lohong, Sekiranya terdapat lohong yang banyak termasuk rekahan sisi
               gunung berapi maka magma akan keluar melalui pelbagai arah.  Akibatnya kon komposit
               akan terbentuk.


                    kuantiti bahan letusan/letupan kuantiti lava dan bahan piroklastik yang dikeluarkan
               banyak maka gunung berapi yang terbentuk lebih besar dan landai. kuantiti bahan yang
               dikeluarkan sedikit maka bentuk gunung berapi yang terbentuk lebih kecil dan curam.
                   tindakan agen hakisan, hakisan yang berterusan oleh angina, air di cerun gunung berapi
               akan meruntuhkan cerun dan mendedahkan magma akan menghasilkan bentuk landai / curam

                 kekerapan letusan/letupan. Letusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan
               gunung berapi yang sekata. letusan yang kuat, lohong gunung berapi akan   musnah dan
               mewujudkan kawah yang besar.

                     Usia gunung berapi ,gunung berapi tua akan menjadi semakin rendah/landai, gunung
               berapi muda akan membentuk cerun yang tinggi/curam







                                                                                                       22
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27