Page 19 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 19

7.  (a) Jelaskan empat proses kitaran batuan                                           [12]

               Rangka Jawapan

                          Kitaran Batuan                       Proses                  Hasil/Kesan
             i    Igneus kepada Enapan              Hakisan dan sedimentasi        Enapan klastik
             ii   Enapan kepada Metamorfik          Suhu dan tekanan tinggi        Metamorfik serantau
             iii   Metamorfik kepada Igenus         Peleburan dan pembekuan        Igneus jalar dalam
             iv   Igneus kepada Metamorfik          Suhu dan tekanan tinggi        Metamorfik serantau
             v    Metamorfik kepada Enapan          Hakisan dan sedimentasi        Enapan klastik
             vi   Enapan kepada Igenus              Peleburan dan pembekuan        Igneus jalar dalam

                       Cadangan Jawapan


               Melibatkan batuan igneus menjadi batuan enapan. Proses perubahan  ini melibatkan hakisan
               dan proses sendimentari.melalui proses pemadatan dan penyimenan serpihan batuan.  Kesan

               daripada proses tersebut akan menghasilkan batuan enapan klastik.


                       Batuan enapan bertukar menjadi batuan metamorfik. Proses perubahan ini melibatkan

               suhu dan tekanan yang tinggi. Tekanan dan suhu yang tinggi terhadap batuan asal semasa
               gerakan tektonik berlaku. Di samping itu tindak balas kimia dan perubahan kandungan mineral

               menjadikan batuan tersebut berubah menjadi batuan metamorfik serantau.


                       Batuan  metamorfik  bertukar  kepada  batuan  igneus.  Proses  perubahan  ini  terjadi

               disebabkan  penyejukan  dan  pembekuan  magma  di  dalam  rekahan  kerak  bumi.  Kesannya
               terbentuknya igneus jalar dalam.


                       Batuan igneus bertukar kepada batuan metamorfik. Proses ini melibatkan suhu  dan

               tekanan  tinggi  menyebabkan  batuan  tersebut  berubah  bentuk,  warna  dan  komposisi

               mineralnya. Tindak balas kimia dan perubahan kandungan mineral menjadi batuan tersebut
               menjadi metamorfik serantau.












                                                                                                       19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24