Page 28 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 28
• proses hidrolisis di pinggir pantai menghasilkan banyak batu berlubang- tempat
pembiakan ikan dan tempat persembunyian anak-anak ikan bekalan ikan banyak
untuk perikanan
Cadangan Jawapan
Kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia ialah pembentukan tanah regolit,
pemandangan karst, pembentukan tanah liat putih(kaolin) , pembentukan galian, pemecahan
batuan dan pembentukan batu berlubang.
Kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia ialah luluhawa menyebabkan pembentukan
tanah regolit yang kaya dengan pelbagai mineral dan menggalakkan aktiviti pertanian. Tanih
laterit yang terhasil akibat luluhawa sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
Luluhawa juga membawa kesan pembentukan pemandangan karst di kawasan gua
batu kapur hasil proses pengkarbonan menarik pelancong. Aktiviti pelancongan giat di
kawasan ini kerana keunikan stalagmit dan stalagtit di dalam gua seperti di Gua Mulu,
Sarawak.
Selain itu, luluhawa juga menyebabkan pembentukan tanah liat putih (kaolin) untuk
aktiviti pembinaan. Kaolin terhasil akibat luluhawa banyak digunakan untuk membuat
kemasan siling bangunan.
Kesan seterusnya ialah kewujudan galian iaitu kuartzit. Aktiviti perindustrian
berkembang kerana galian ini digunakan untuk membuat barangan seramik.
Luluhawa juga membawa kesan seperti pemecahan batuan. Pemecahan batuan
boleh mempengaruhi aktiviti manusia dari segi perlombongan. Batuan pecah dan retak
memudahkan aktiviti perlombongan dijalankan.
Akhirnya ialah pembentukan batu berlubang. Proses hidrolisis di pinggir pantai
menghasilkan banyak batu berlubang, tempat pembiakan ikan dan tempat persembunyian.
Oleh itu, anak-anak ikan bekalan ikan banyak untuk perikanan Oleh itu aktiviti perikanan
adalah giat di kawasan ini.
28

