Page 29 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 29

12.  (a)  Jelaskan enam faktor berlakunya aliran lumpur di kawasan tropika lembap.         [12]

               Rangka Jawapan

                   i.  Litupan tumbuh-tumbuhan
                   ii.  Hujan yang lebat
                   iii. Kecuraman cerun
                   iv.  Jenis tanih dan batuan
                   v.  Gerakan Tektonik
                   vi.  Aktiviti manusia


               Cadangan Jawapan

               Cerun bukit yang mengalami aktiviti pembalakan dan pembinaan hingga berkeadaan gondol
               menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan terdedah kepada hakisan tanah dan bergerak

               bersama-sama dengan air hujan membentuk aliran lumpur.


               Turunan hujan yang lebat dalam tempoh yang lama menyebabkan lembapan tanah menjadi

               tinggi. Air hujan yang banyak meresap masuk ke dalam tanah menyebabkan tanah menjadi
               tepu dan bergerak turun ke bawah cerun bersama-sama air hujan.


               Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk berlakunya aliran

               lumpur. Tarikan graviti yang kuat menyebabkan tanah  bergerak bersama-sama dengan air

               hujan menuruni cerun.


               Kedudukan dan pembentukan tanih di atas batuan dasar yang tidak mantap menyebabkan tanih

               di  atas  cerun  menjadi  tidak  stabil  bergerak  bersama-sama  dengan  air  hujan  yang  turun
               membentuk aliran lumpur.


               Gegaran seperti gempa bumi dan gunug berapi menjadikan struktur tanah menjadi renggang,

               longgar  dan  sebahagiannya  hancur.  Apabila  hujan  turun  dengan  lebat,  tanah  yang  hancur
               bercampur dengan air yang banyak bergerak menuruni cerun.



               Aktiviti pembinaan melibatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi melibatkan aktiviti
               pemotongan cerun yang tidak mengambil kira sudut cerun, kekuatan tanah dan jenis batuan

               menyebabkan cerun menjadi tidak stabil.



                                                                                                       29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34