Page 32 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 32
Di samping itu, faktor jenis batuan juga mempengaruhi kadar pemendapan sungai di
lembangan sungai. Batu tongkol dan batu pecahan yang besar adalah berat dan susah
diangkut. Batu tongkol dan batu pecahan ini akan termendap di dasar alur sungai dengan
kadar yang cepat.
Faktor pemendapan yang seterusnya ialah bahan muatan. Bahan muatan yang banyak
dalam alur sungai akan menyebabkan keupayaan mengangkut berkurangan .Keadaan ini
akan meningkatkan kadar pemendapan. Bahan muatan yang sedikit akan meningkatkan
keupayaan mengangkut lalu kadar pemendapan menjadi rendah.
Faktor terakhir ialah faktor halangan. Halangan dalam alur sungai akan mempengaruhi
faktor pemendapan. Halangan seperti jambatan boleh menghalang aliran sungai. Semakin
banyak halangan maka kadar pemendapan akan meningkat.
Terdapat banyak faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.Faktor
pemendapan seperti isipadu air, halaju air, faktor kecerunan, faktor bentuk alur, faktor
jenis batuan, bahan muatan dan faktor halangan. Faktor pemendapan ini akan
membentuk bentuk muka bumi hilir sungai.
(b) Jelaskan enam kepentingan bentuk muka bumi di hilir sungai terhadap aktiviti manusia.
[12]
Rangka Jawapan
i. Tasik Ladam
ii. Delta
iii. Dataran banjir
iv. Tetambak
v. Lurah berbentuk u
vi. Pulau
Cadangan Jawapan
Terdapat banyak jenis bentuk muka bumi di hilir sungai yang mempunyai kepentingan
terhadap aktiviti manusia. Bentuk muka bumi seperti tasik ladam merupakan bentuk muka
bumi di hilir sungai. Tasik ladam boleh dijadikan sebagai kawasan perikanan air tawar.
Akuakultur sabgat sesuai dijalankan kerana ada bekalan air tawar yang bersih. Tasik ladam
32

