Page 31 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 31
13 (a) Bincangkan enam faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.
[13]
Rangka Jawapan
i. Isi padu air
ii. Halaju air
iii. Kecerunan
iv. Bentuk alur
v. Jenis batuan
vi. Bahan muatan
vii. Halangan
viii. kesimpulan
Cadangan Jawapan
Isipadu air merupakan faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.
Peningkatan isipadu air mempengaruhi peningkatan kadar pemndapan di tebing sungai.
Isipadu air yang tinggi selalunya mempunyai bahan mendapan yang tinggi. Isipadu air yang
rendah akan menyebabkan bahan muatan yang dibawa rendah . Oleh itu , kadar
pemendapan adalah rendah.
Selain dari itu, halaju air juga merupakan faktor pemendapan sungai di kawasan lembangan
sungai. Semakin deras air mengalir akan menyebabkan kadar pemendapan semakin kurang.
Jika air sungai mengalir semakin perlahan akan menyebabkan semakin tinggi kadar
pemendapan.
Di samping itu, faktor kecerunan turut memainkan peranan sebagai faktor pemendapan
sungai di kawasan lembangan saliran. Kecerunan alur sungai menjadi faktor pemendapan.
Semakin curam alur sungai maka kadar pemendapan bahan sungai adalah rendah manakala
semakin semakin landai alur sugai maka semakin tinggi kadar pemendapan bahan muatan
di alur sungai tersebut.
Selain itu, faktor bentuk alur juga mempengaruhi kadar pemendapan sungai di kawasan
lembangan saliran. Alur sungai yang berbentuk cembung akan menyebabkan kadar
pemendapan yang tinggi berbanding dengan alur sungai yang berbentuk cekung. Alur
berbentuk cekung akan mengalami kadar pemendapan yang rendah. Jadi, alur sungai
memang mempengaruhi kadar pemendapan sungai di kawasan lembangan saliran.
31

