Page 27 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 27
Walau bagaimanapun terdapat juga faktor lain iaitu faktor suhu. Suhu yang sentiasa
tinggi sepanjang tahun menyebabkan luluhawa kimia aktif sepanjang. Menurut Van Den Hof
setiap kenaikan suhu sebanyak 1C akan meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia
sebanyak 10%.
Faktor hujan juga mempengaruhi proses luluhawa iaitu hujan yang lebat di kawasan
tropika lembap membekalkan sumber air untuk semua proses luluhawa kimia seperti larutan,
pengkarbonan dan penghidratan.
Selain itu, terdapat juga faktor tumbuh-tumbuhan yang mempengaruhi proses
luluhawa iaitu pembesaran akar-akar tumbuhan boleh meretak dan merekahkan sesuatu
batuan secara baji iaitu luluhawa fizikal akan menjadi giat.
Seterusnya ialah faktor fros atau ibun. Di kawasan tanah tinggi yang ketinggiannya
melepasi tahap pembekuan, fros amat berkesan untuk memecahkan batuan tersebut melalui
tindakan ibun. Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan
tersebut akhirnya pecah.
Aktiviti manusia juga mempengaruhi proses luluhawa iaitu aktiviti pertanian,
perlombongan dan pembinaan menyebabkan struktur batuan menjadi longgar dan meretak
seterusnya menggalakkan proses luluhawa seperti hidrolisis, pelepasan tekanan dan
sebagainya.
Kesimpulannya, berdasarkan huraian di atas, faktor seperti suhu, hujan, tindakan fros,
tumbuh-tumbuhan dan aktiviti manusia memang merupakan faktor yang sangat penting
mempengaruhi proses luluhawa berbanding faktor batuan itu sendiri.
(b) Jelaskan enam kesan luluhawa terhadap aktiviti manusia. [12]
Rangka Jawapan
i. Pembentukan Tanah Regolit – menggalakkan aktiviti pertanian
• Tanih aluvium- padi
• Tanih laterit- getah, kelapa sawit
• Tanih pasir- kelapa
ii. Pemandangan karst- gua batu kapur, stalagmit, stalatit – menggalakkan pelancongan
iii. Pembentukan tanah liat putih(kaolin) – pembinaan – siling bangunan
iv. Galian-menggalakkan aktiviti perindustrian
• kuartzit- seramik
• titanium- membuat aloi ringan
• fosfat- buat baja
v. Pemecahan Batuan- menggalakkan aktiviti perlombongan
• batuan pecah dan retak- memudahkan aktiviti perlombongan
vi. Pembentukan batu berlubang – menggalakkan aktiviti perikanan
27

