Page 45 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 45
serta telekomunikasi yang kurang baik. Jadi wujud ketakseimbangan darjah ketersampaian
pengangkutan dan telekomunikasi
Selain dari itu, berlaku tekanan kepada sumber alam akibat ketakseimbangan taburan
penduduk. Tekanan kepada sumber alam seperti tanah banyak berlaku di kawasan penduduk
padat seperti Lembah Klang. Tanah akan dibangunkan untuk aktiviti pembinaan rumah, premis
perniagaan dan juga perindustrian. Sumber tanah juga akan mengalami persaingan guna tanah
di kawasan penduduk padat. Berbeza di kawasan penduduk jarang pembaziran sumber alam
seperti tanah berlaku.
Di samping itu,kesan ketakseimbanagn taburan penduduk menyebabkan pencemaran alam
berlaku. Aktiviti manusia seperti pertanian, perikanan, pelancongan dan perindustrian
menyebabkan pencemaran alam berlaku. Aktiviti manusia ini giat dijalankan di kawasan
penduduk padat. Oleh itu , kadar pencemaran alam tinggi berlaku. Sumber alam seperti air,
udara dan tanah boleh berlaku. Kawasan yang berpenduduk jarang pula, pencemaran terhadap
sumber alam adalah sangat rendah.
Selain dari itu, kesan ketakseimbangan taburan penduudk akan menyebabkan
kemerosotan dan kepupusan sumber alam. Taburan penduduk padat berlaku di kawasan
aktiviti perlombongan dan pertanian dijalankan. Oleh itu penduduk yang ramai akan
menyebabkan sumber hutan ,air dan mineral terpupusan atau merosot dari segi kuantiti
dan kualiti. Kawasan jarang penduduk biasanya kurang tumpuan aktiviti manusia dan
tidak menyebabkan kemerosotan dan kepupusan sumber alam.
Terdapat kesan ketakseimbangan taburan penduduk yang ketara terhadap sumber alam dan
juga sosisoekonomi. Taburan penduduk yang tidak seimbang menyebabkan ketakseimbangan
kemajuan kawasan, ketakseimbangan darjah ketakseimbangan pengangkutan dan
telekomunikasi dan ketakseimbangan saiz dan kuasa beli pasaran antara kawasan. Tambahan
lagi kesan ketakseimbangan taburan penduduk terhadap sumber alam ialah tekanan pada
sumber, pencemaran alam berlaku dan kepupusan dan kemorosotan sumber alam.
45

