Page 79 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 79

Gejala sosial seperti meragut dan merompak juga boleh dikaitkan dengan kemiskinan bandar.
               Kadar  pengangguran  yang  tinggi  di  samping  peningkatan  kos  hidup  di  bandar  memaksa

               segelintir penduduk bandar mendapatkan wang dengan cara merompak atau meragut di bandar.


               Harga  rumah  yang  tinggi  di  bandar  menyebabkan  penduduk  bandar  golongan  B40  hanya

               mampu memiliki rumah-rumah yang kecil dan sempit di bandar.  Rata-rata golongan ini hanya
               mampu membeli rumah-rumah projek perumahan kos rendah oleh kerajaan yang dibina dengan

               saiz yang kecil dan bahan binaan yang rendah kualiti.





                    (b)  Jelaskan bagaimana proses pembandaran memberikan kesan kepada alam sekitar
                          fizikal.                                                                        [12]

               Rangka Jawapan

                    Isi                 Proses                                 Kesan
               i    Pertambahan         Pertambahan penggunaan kenderaan       pencemaran udara / peningkatan
                    penduduk                                                   suhu
               ii   Peluasan            penebangan pokok untuk pembinaan       hakisan tanah, tanah runtuh,
                    sempadan            bangunan / infrastruktur               peningkatan suhu
               iii   Perubahan          pelepasan asap kilang                  pencemaran udara
                    kegiatan ekonomi
               iv   Perubahan gaya      Pertambahan penjualan makanan          pencemaran sampah
                    hidup               berbungkus
                                        Pertambahan penggunaan barangan        peningkatan suhu
                                        elektrik
                                        Pertambahan penggunaan kenderaan       pencemaran udara peningkatan
                                                                               suhu


               Cadangan Jawapan


               Pertambahan  penduduk  kawasan  bandar  membawa  kepada  pertambahan  penggunaan

               kenderaan  di  bandar.    Pembakaran  bahan  api  fosil  yang  tinggi  daripada  kenderaan
               menyebabkan kadar pelepasan asap yang tinggi yang seterusnya mencemarkan udara di bandar.


               Peluasan  sempadan  bandar  akibat  proses  pembandaran  melibatkan  kerja-kerja  penebangan

               pokok secara besar-besaran bertujuan memberi ruang untuk pembinaan projek perumahan dan




                                                                                                       79
   74   75   76   77   78   79   80