Page 76 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 76
27 (b) Jelaskan Peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara. [10]
Rangka Jawapan:
i. Pusat pemasaran
ii. pusat perkhidmatan
iii. pusat perubahan
iv. Pusat pembauran inovasi
v. Pusat penularan pembangunan
vi. Pusat pendidikan
vii. Pusat peluang pekerjaan
Cadangan Jawapan
(i). Tempat pemasaran. Bandar terutama bandar-bandar kecil berperanan untuk menjadi
tempat memasarkan produk pertanian desa kerana bandar mudah didatangi dari mana-mana
tempat di seluruh kawasan pengaruhnya. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang
disediakan untuk tujuan pemasaran seperti pemasaran bergerak dan pasar mingguan. Selain itu,
institusi untuk pengumpulan, penyimpanan, pertukaran dan pengagihan bahan keluaran
pertanian juga disediakan. Misalnya bandar kecil menjadi pusat pengumpul dan memproses
bahan keluaran pertanian untuk dieksport ke tempat lain, mengeluarkan barangan melalui
perkilangan dan mengumpul serta memproses hasil lain seperti hasil hutan, hasil laut dan
perlombongan.
(ii). Bandar juga menyediakan kemudahan perkhidmatan untuk kepentingan penduduk
sekitarnya seperti institusi kewangan, pendidikan, pentadbiran, rawatan perubatan moden,
khidmat bantuan nasihat, guaman, pos, mengagih barangan makanan, pakaian dan barangan
lain. Penyediaan perkhidmatan tersebut dapat meninggikan kualiti kehidupan penduduk.
(iii). Bandar menyediakan suasana bagi perubahan. Masyarakat yang telah diperbandarkan
lebih mudah menerima perubahan ke arah kemajuan. Di bandar, halangan institusi sosial tidak
terpengaruh dalam menyekat masyarakat daripada mengalami perubahan. Oleh itu, pemodenan
lebih mudah berlaku.
(iv). Pembauran inovasi – penyebaran secara mengempur benih pembaharuan seperti idea
baru, teknik moden, peralatan, maklumat, pengetahuan, kaedah mengurus dan barangan
76

