Page 74 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 1
P. 74

Pertambahan bangunan konkrit dan bangunan menegak akibat permintaan terhadap

               ruang perniagaan dan perkhidmatan yang tinggi. Bangunan-bangunan meningkatkan
               penyerapan bahangan matahari dan pemerangkapan bahangan bumi juga meningkat.

               Kesannya berlaku pulau haba bandar atau kenaikan suhu mikro.


                       Peningkatan keperluan penduduk bagi memenuhi permintaan tempat tinggal

               membawa kepada aktiviti peneresan, perataan dan pemotongan bukit untuk dijadikan tapak
               bina. Aktiviti ini menyebabkan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuh.

               Perataan dan penimbusan kawasan rendah akan menyebabkan kejadian tanah mendap.


                       Kesimpulannya proses pembandaran yang pesat menyebabkan pertambahan

               penduduk yang membawa kepada perubahan persekitaran fizikal bandar seperti pencemaran
               udara, pencemaran air, pencemaran persekitaran, hakisan tanah, tanah runtuh dan pulau haba

               bandar.







               27       (a) Jelaskan peranan bandar dalam menjalankan proses pembauran inovasi terhadap
                                  kawasan pinggir bandarnya?                              [10]

               Rangka jawapan

                   i.     Pusat teknologi maklumat
                   ii.    peranan pelbagai agensi kerajaan
                   iii.   peranan golongan menegah
                   iv.    menyediakan pelbagai kemudahan
                   v.     pemodenan melalui pendidikan yang menggalakan perubahan sosial dan mental


               Cadangan Jawapan


               Peranan bandar sebagai pusat teknologi maklumat. Ini kerana bandar mempunyai kemudahan
               dan akses ICT yang cukup seperti kemudahan jalur lebar 4G di pusat-pusat siber. Kesanya idea

               dan teknologi baru mudah disalurkan kepada penduduk kawasan pinggir bandar/luar bandar.


               Peranan  agensi  kerajaan  yang  terletak  di  bandar.  Agensi  ini  berperanan  untuk

               menyebarluaskan  maklumat  dan  inovasi  baru  kepada  penduduk  kampung/mukim  di



                                                                                                       74
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79