Page 16 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 16

SEJARAH

                               PERGERAKAN
                         PENGAKAP DUNIA




     Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia


     i.     Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden-Powell

            atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British) berpangkat
            Leftenan Jeneral.
     ii.    Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” -dilahirkan pada 22 Februari 1857 di     Hyde

            Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah

            di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana
            British yang bernama W.T. Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal
            dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana.

     iii.   Sejak    kecil   sudah    menunjukkan      minat    yang    amat     mendalam      terhadap
            penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak

            menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak.
     iv.    Semasa    cuti  persekolahan   BP   bersama-sama tiga      orang   abangnya    selalu  pergi

            mengembara,berjalan kaki,berkhemah, belayar dan berperahu di beberapa buah tempat di
            England. Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman dan pengetahuan

            yang amat berguna kepada BP, khususnya dari segi sikap bekerjasama dan mematuhi
            perintah (ketua).

     v.     Oleh    sebab minatnya     yang    mendalam     terhadap    aktiviti  pengembaraan      dan
            perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya. Setelah berjaya

            dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda dan mula
            bertugas ke merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan Afghanistan   pada tahun

            1876.   Kemudiannya beliau      telah   dihantar   ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai
            penolong Setiausaha Tentera.

     vi.    Beberapa    tahun    kemudian,    BP    dihantar   bertugas    di   Benua    Afrika   untuk
            menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ, BP digelar KANTANKYEyang
            bermaksud Topi Besar. BP juga pernah mendapat gelaran IMPEESAyang bermaksud

            Serigala yang tidak pernah tidur atas sifatnya yang sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan  16
            musuh semasa dalam peperangan.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21