Page 20 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 20
SEJARAH
PERGERAKAN
PENGAKAP
MALAYSIA
PERGERAKAN PENGAKAP DI
FRANK COOPPER SANDS
SINGAPURA
Permulaan Pengakap di Malaysia
i. Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah Melayu/Malaya ketika itu)
oleh Frank Copper Sands, seorang pendidik dan jaguh pengakap dari Nottingham,
England di Institut Victoria (Victoria Institution),Singapura pada tahun 1910,iaitu dua tahun
selepas pergerakan pengakapdimulakan di Great Britain. Seramai 30 orang kanak-kanak
telah menyertai pergerakan tersebut.
ii. Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang paling awal
menubuhkan pergerakan pengakap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada tahun
1908 diikuti Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas.
iii. Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada tahun 1912 olehG.M.
Laidlow.Dikuti Sabah pada tahun 1913. Pada tahun 1915, pengakap telah ditubuhkan di
Sarawak, manakalaH.R. Cheesmantelah menubuhkan pengakap diPenang Free School,
Pulau Pinang.
iv. Pergerakan Pengakap khusus untuk anak-anak Melayu telah ditubuhkan di
Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff.
20
ABDULLAH AHMAD BADAWI (GAMBAR KANAN)
SEMASA MENYERTAI PASUKAN PENGAKAP
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MERTAJAM

