Page 21 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 21

SEJARAH
                                PERGERAKAN

                                     PENGAKAP






       Permulaan Pengakap di Malaysia



       v.  Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Dikuti Kedah dan Perlis pada
           tahun 1922. Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925 oleh Brunstone.

       vi.  Pada tahun 1926, pengakap telah ditubuhkan di Selangor oleh Ameen Akbar, manakala
           Terengganu oleh A.J. Gracle pada tahun yang sama. Kelantan pada tahun 1927 oleh YM

           Tengku Ahmad Temenggongdan Johor pada tahun 1928 di Maktab              Abu   Bakar,   Johor
           Bahru, Johor.Dipercayai jumlah keahlian pengakap pada masa ini melebihi 85,000 orang.
       vii. Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh Semenanjung Tanah Melayu,

           termasuk Singapura disatukan di bawah satu persekutuan dikenali sebagai Persekutuan

           Budak-Budak Pengakap Kawasan Malayadan diletakkan di bawah Persekutuan Budak-Budak
           Pengakap Great Britain dengan setiap negeri sebagai satu Daerah Pengakap. Sabah dan
           Sarawak menjadi ahli cawangan Great Britain.

       viii. Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua
           cawangan     yang   berasingan   daripada   Great   Britain.  Setiap  cawangan mempunyai

           Persekutuan    Negeri   yang dibahagikan     kepada    beberapa    Daerah Pengakap      yang
           mempunyai Persekutuan-persekutuan Tempatanyang dikenali sebagai Persekutuan Budak-

           Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.
       ix.  Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya kemudiannya telah menjadi satu

           badan bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap
           Persekutuan Tanah Melayu.

       x.  Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah
           Melayu telah    dinaikkan taraf   menjadi satu     cawangan    penuh    kepada Persidangan

           Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi anggota Kawasan Asia Pasifik.
       xi.  Pada    tahun   1964,    selepas    Malaysia    diwujudkan,    Persekutuan    Budak-Budak

           Pengakap     Persekutuan   Tanah    Melayu    dikenali  sebagai Persekutuan    Budak-budak
           Pengakap        Malaysiameliputi       Pergerakan-pergerakan        Budak-budak Pengakap       21

           Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26