Page 18 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 18
SEJARAH
PERGERAKAN
PENGAKAP DUNIA
Sambungan Permulaan Pengakap
vi. Setelah bersara dari tentera, BPtelah kembali ke England. Ekoran daripada sambutan
yang amat menggalakkan terhadap buku Aids to Scouting, khususnya dalam kalangan
kanak-kanak telah mendorong BP menganjurkan satu perkhemahan selama 10
hari di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907. BP telah menggunakan idea
berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku Aids To
Scouting.
vii. Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia. Seramai 20 orang
budak-budak pengakap telah menyertainya dan dibahagikan kepada empat sekawan
atau empat patrol. Mereka diajarkan cara-cara mendirikan khemah, memasak,
mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa, cara-cara untuk mengesan
jejak sepanjang perkhemahan dijalankan.
viii. Pada malam terakhir perkhemahan telah diadakan aktiviti Malam Unggun Api. Kejayaan
penganjuran perkhemahan pengakap di Pulau Browsea telah berjaya menyuntik ramai
kanak-kanak untuk menyertainya.
ix. Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku secara bersiribertajuk Scouting
for Boys(Ilmu Pengakap untuk Kanak-Kanak) yang memuatkan segala pengalaman beliau
semasa bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan pertama pengakap di Pulau
Brownsea. Buku tersebut telah berjaya memikat lebih ramai lagi kanak-kanak kepada
pengakap.
x. Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Canada, Amerika Syarikat,
Ghana, India dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia seperti di Chile, Amerika
Syarikat, Ghana,India dan Malaysia.
xi. Pada tahun 1912, BP telah berkahwin dengan Olave St. Clare Baden-Powell dan
dikurniakanseramaitiga orang cahaya mata.
xii. Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang pertama di dunia yang
dikenali sebagai Gilwell Parkdi England.
18
POSTER DAN BATU PERINGATAN
PERKHEMAHAN PERTAMA PENGAKAP DI
PULAU BROWN SEA, ENGLAND

