Page 17 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 17
SEJARAH
PERGERAKAN
PENGAKAP
Permulaan Pengakap
i. Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan ditempatkan di India
untuk memimpin pasukan Dragon Guardke-5. Sebagai Kolonel, beliau pernah menghadiahi
lencanaSCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada askar-askarnya yang menunjukkan
kebolehan yang luar biasa dalam ketenteraan.
ii. Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids to
Scouting(Bimbingan Pengakap) pada tahun 1899, yang menceritakan tentang kisah
peninjauan di India serta hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau terhadap
kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan tugas sebagai utusan
atau pemberita menggantikan tentera di medan perang ketika pasukannya dikepung.
iii. Dalam jangka waktu yang hampir sama, BP telah dihantar ke Afrika Selatan untuk
menambahkan dua rejimen askar berkuda mempertahankan sempadan British daripada
serangan orang Boer, iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British
telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British. Pengepungan
ini telah mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer.
iv. Dalam peperangan tersebut, BP hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar
berbanding tentera Boer yang berjumlah 9,000 orang. Dengan tipu helah yang beliau
lakukan, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau
telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-
budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi
peperangan itu.
v. Kemenangan tersebut menyebabkan BP dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar Jeneral
ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat tersebut pada masa
itu. Selepas peperangan Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis
Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral
pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
17
BUKU AID’S TO SCOUTMASTERSHIP

