Page 24 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 24
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang
dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids to Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di
India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua
rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak
keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah
bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan
Boer. Dalam peperangan itu, BadenPowell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding
dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda
BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah
menggunakan budakbudak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya
memenangi peperangan itu.
Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur
43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell
diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda.
Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah
menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21
orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea
berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids to Scouting".
Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah,
memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada
malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh
budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul
"Scouting for Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar
di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati
budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja
Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan
Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika
Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
24

