Page 22 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 22

SEJARAH
                                PERGERAKAN

                                     PENGAKAP






       Permulaan Pengakap di Malaysia



       xii. Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang dianggotai 14 Majlis Pengakap
           Negeri, termasuk Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun 1972) tertakluk di

           bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 -Akta Persekutuan
           Pengakap Malaysia Tahun 1974.

       xiii. Akta  ini  telah  menggugurkan     perkataan Budak-budakyang      terdapat   pada    nama
           Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai
           Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

       xiv. Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap

           Malaysia (Pemerbadanan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-
           duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agongdan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang
           Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.






                    Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 –
                             Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974

                            “…Maka inilah diperbuat Undang-undang       oleh Duli    Yang
                    Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan
                    nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang
                    bersidang dalam Parlimen     dan dengan kuasa daripadanya seperti
                    berikut :

                    1.Akta   ini  bolehlah   dinamakan    Akta   Persekutuan    Pengakap
                    Malaysia 1974.

                    2.(1)   Persekutuan     Budak-budak     Pengakap     Malaysia    yang
                    diperbadankan     di  bawah    Seksyen    3(1)   Akta   (Perbadanan)
                    Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968. (kemudian
                    daripada ini disebut ‘persekutuan’ itu) hendaklah selepas akta ini
                    berkuat     kuasa     dikenali    sebagai Persekutuan       Pengakap
                    Malaysiadan semua sebutan di dalam akta ini dan mana-mana                             22
                    undang-undang bertulis lain mengenai persekutuan ini hendaklah
                    ditaksirkan sewajarnya...”


            AKTA PARLIMEN NO. 38 TAHUN 1968 PINDAAN AKTA PARLIMEN
          NO. 143- AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUN 1974
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27