Page 23 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 23

RIWAYAT HIDUP
                        PENGASAS PENGAKAP




























                    Potret Baden Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun

     1929. Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth

     Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di
     bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa
     Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford,

     London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu
     Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya

     dalam keadaan yang sederhana.
                    Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan

     sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah BadenPowell
     bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan

     berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda
     dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal

     (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
                    Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan

     satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar.
     Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau

     digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur.
                    Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India        23

     untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang
     menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28