Page 112 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 112

6.3        Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan

                             Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar


               Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar adalah khazanah alam yang sangat penting kepada
               manusia dan menjadi warisan generasi akan datang. Oleh sebab itu, langkah-langkah pemeliharaan
               dan pemuliharaan perlu dilakukan untuk mengekalkannya.

                 Mengelakkan Kepupusan


                 •  Pelbagai kegiatan manusia menyebabkan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
                   diancam kepupusan.
                 •  Langkah pemeliharaan dapat mengelakkan kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi
                   dan hidupan liar dengan mengekalkan keadaan asalnya.
                 •  Langkah pemuliharaan membolehkan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
                   yang diancam kepupusan dipulihara melalui usaha seperti memulihkan habitat kepada
                   keadaan asal.


                 Mengekalkan Keseimbangan Ekosistem

                 •  Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar penting sebagai pelengkap dalam
                   satu ekosistem.
                 •  Interaksi antara komponen hutan, haiwan, humus, air, udara, tanih dan tenaga
                   menjadikan ekosistem tersebut satu rantaian makanan yang lengkap.
                 •  Keseimbangan ekosistem terganggu apabila salah satu komponen terjejas atau pupus.
                 •  Sebagai contoh, penebangan hutan menyebabkan haiwan pupus kerana kekurangan
                   sumber makanan.
                 •  Manusia turut berhadapan dengan masalah kekurangan sumber makanan jika
                   tumbuh-tumbuhan dan haiwan berkurangan.





























                                   Pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi
          10 4
          104
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117